Cikgu Ainul: Bett Asia Panel Speaker 2025

 Implementing Assistive Technologies Into Every Classroom




Alhamdulillah, 1 Oktober bertambah satu lagi langkah bermakna dalam perjalanan saya sebagai pendidik pendidikan khas. Berpeluang berada di pentas Bett Asia untuk berkongsi tentang topik “Implementing Assistive Technologies Into Every Classroom” adalah sesuatu yang saya tidak pernah bayangkan beberapa tahun lalu — tetapi hari ini, ia menjadi kenyataan.





Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Jamilah Kadir (Director SEAMEO SEN), Pn. Monishah Md Shah (Deputy Director SEAMEO SEN) dan En. Zulkarnain Abdul Wahab (Head of Strategic Planning & Communication Division SEAMEO SEN) atas keyakinan dan peluang ini. Sokongan mereka membuka ruang untuk suara pendidikan khas Malaysia terus berkembang dan dikenali di peringkat antarabangsa.




Lebih istimewa, saya berpeluang duduk sebaris bersama dua figura hebat dalam bidang ini —

Dr. Husniza Husni (Timbalan Dekan Research and Innovation, UUM) dan

Dr. Mohd Syazwan Zainal (Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM).




Perbincangan hari ini membuka perspektif yang lebih luas. Kami sepakat bahawa assistive technology bukan hanya soal peranti, aplikasi atau alat. Ia tentang membina ekosistem yang mampan — bermula daripada kesediaan guru, budaya latihan yang berterusan, sokongan pentadbiran, hingga memastikan teknologi tersebut benar-benar memberi impak dalam kehidupan murid.



Antara kata-kata yang paling menyentuh hati saya hari ini datang daripada Dr. Husniza:


“Assistive technology doesn’t teach — teachers do.”


Ayat itu sederhana tetapi sangat mendalam. Teknologi hanyalah medium. Yang menjadikannya bernyawa adalah guru yang memahami murid, yang sabar membimbing, dan yang kreatif menyesuaikannya dalam PdP.


Semoga perkongsian hari ini menjadi pencetus kepada lebih banyak tindakan, kajian dan kolaborasi untuk memastikan teknologi benar-benar menjadi jambatan inklusif — bukan sekadar simbol kemajuan, tetapi satu keperluan yang membuka akses kepada pembelajaran yang adil untuk semua murid.




Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang hadir, bertanya, memberikan sokongan dan membina dialog yang bermakna. Saya pulang hari ini dengan hati yang penuh — penuh harapan, penuh inspirasi dan penuh rasa tanggungjawab.


💙

#AssistiveTechnology #SpecialEducation #InclusiveEducation #BETTAsia2025


Post a Comment

0 Comments