Profil Diri Cikgu Ainul. Salam Perkenalan.

 


Latar Belakang Pendidikan

Nama diberi Siti Ainulmursyida Bt Shamsudin. Dilahirkan di Serdang, Kedah dan mendapat pendidikan awal di SK Lubuk Buntar, Kedah pada tahun 1991-1996. Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke SMK Lubuk Buntar (1997-1999). Selepas PMR dengan keputusan 8A, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah harian biasa iaitu SMK Serdang, Kedah pada tahun 2000-2001. Selepas SPM dengan keputusan 6A 3B, saya diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam bidang Sains Hayat pada tahun 2002. Seterusnya, berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Sains dengan Pendidikan, major Biologi dan minor Matematik.

Pengalaman dan Latar Belakang Perkhidmatan

Penempatan pertama saya sebagai guru adalah di SMK Cochrane Perkasa iaitu pada tahun 2009. Selepas 4 tahun berkhidmat di SMK Cochrane Perkasa sebagai guru Sains dan Matematik, saya bertukar ke SMK Alam Damai pada tahun 2013 dan pada tahun 2015 saya memohon pertukaran ke aliran Pendidikan Khas dan permohonan pertukaran diluluskan pada tahun 2016. Pada tahun 2018, saya bertukar ke SMK Orkid Desa dan sehingga kini masih berkhidmat di sekolah yang sama sebagai guru pendidikan khas.


Sumbangan dan Penglibatan 

  • Guru Penyampai Didik TV KPM Pendidikan Khas - 2021
  • Penulis Buku Teks Matematik KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 4 dan 5. - 2019 & 2020
  • Guru ICT dan Guru Perpustakaan & Media Pendidikan Khas
  • Pengalaman lebih dari 4 tahun sebagai jurulatih KL IT Challenge For Youth With Disabilities (Peringkat Negeri), Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities (Peringkat Kebangsaan) & Global IT Challenge For Youth With Disabilities (Peringkat Antarabangsa)
  • Menubuhkan Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa yang dilengkapi kemudahan ICT dan mendapatkan sumbangan RM10,000 dari Yayasan PETRONAS.
  • Membina dan mengurus blog, Saluran YouTube & Facebook PPKI SMK Orkid Desa
  • Membina portal Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa yang mengandungi lebih 200 bahan bacaan digital dan pelbagai bahan bantu belajar.
  • Membina portal Digital Classroom sebagai inovasi yang menjadi tapak untuk pelajar mendapatkan & menghantar bahan PdP sepanjang PdPR
  • Melaksanakan Projek Inovasi Laluan Sensori & Laluan Sensori Mudah Alih untuk kegunaan murid berkeperluan khas
  • Berkongsi lebih dari 250 video PdP (rujukan pelajar) & video tutorial untuk guru membantu memantapkan pengajaran di Saluran YouTube Cikgu Ainul.
  • Menubuhkan dan menguruskan kumpulan Telegram DidikTV Pendidikan Khas untuk berkongsi video Pendidikan Khas DIDIKTV
  • Menguruskan Smart Classroom SMK Orkid Desa dengan sumbangan bernilai RM50,000 dari Yayasan Aeon Malaysia melalui Yayasan Didik Negara
  • Mendapat sumbangan RM15,000 untuk pembinaan Digital Maker Hub dari MDEC melalui wang kemenangan Juara Cikgu Juara Digital.


Digital Library PPKI SMK Orkid Desa 


DidikTV KPM

         YouTube Channel Cikgu Ainul 


Sumbangan dan Penglibatan Sebagai Panel Jemputan & Penceramah 

  • Panel Penceramah Webinar Antarabangsa Education During Pandemic Around The World: Asia, Anjuran Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (2021)
  • Panel Penceramah SEAQIS Webinar Series on Bringing Learning to Life. Anjuran SEAQIS Qitep In Science, Indonesia (2022)
  • Guru Penyampai DIDIKTV KPM (2021-2022)
  • Panel Penceramah Semarak STEM Kebangsaan 2021, anjuran PPD Kota Belud, Sabah.
  • Panel Penceramah PdPr: Fun Virtual Class. Anjuran Penggerak Guru Inovasi Melaka (2021)
  • Penceramah Kursus dan Bengkel Pengupayaan Penolong Kanan, Penyelaras, Guru dan PPM Pendidikan Khas. Tajuk Gamifikasi Dan PdPR Pendidikan Khas. Anjuran Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. (2021)
  • Panel Penceramah Karnival Pendidikan Revolusi Industri 4.0. Anjuran Sektor Pembelajaran JPWPKL (2021)
  • Panel Penceramah Bengkel Guru Cilik IT. Anjuran SMPKV Merbok. (2021)
  • Panel Penceramah PdPc Interaktif MBK. Anjuran SMK Bandar Kota Tinggi, Johor (2021)
  • Panel Penceramah Kenali Anak Autistik dan Kaedah Pembelajaran yang sesuai. Anjuran Persatuan Khaira Ummah. (2021)
  • Panel Penceramah Dunia Maya Si Kecil. Literasi Digital Kini. Anjuran Fakulti Pengurusan Maklumat UITM, Kampus Rembau (2022)
  • Panel Penceramah Bengkel Pengurusan Teknologi Pendidikan. Anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (2022)
  • Panel Penceramah Kursus Pendedahan Pendidikan Khas. Anjuran Sektor Pendidikan Khas, JPWPKL. (2022 & 2023)
  • Panel Penceramah Bengkel Pensijilan Google Certified Educator. Anjuran Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPWPKL (2022)
  • Panel Jemputan Awani Pagi dan Bulletin Awani. Tajuk PdPR Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (2020 & 2021) 
  • Panel Jemputan Bual Konti RTM. Tajuk Apa Cerita Cikgu? (2022)
  • Panel Jemputan Temubual Radio BERNAMA. Tajuk Guru Mesra Digitalisasi (2022)
  • Penceramah Bengkel Syoknya Pendidikan Digital anjuran SMK Seri Mulia, KL (2023)
  • Penceramah Program Inovasi Digital dalam Pendidikan. Anjuran IPG Ilmu Khas, KL. (2023)
  • Penceramah Kursus Pendedahan Guru Pendidikan Khas. Anjuran Sektor Pendidikan Khas, JPWPKL (2023)
  • Penceramah Bengkel Numerasi Digital Pendidikan Khas. Anjuran Sektor Pendidikan Khas, JPWPKL (2023)
  • Penceramah 'The 17th International Malaysian Educational Technology Convention'. Anjuran META & BSTP,KPM (2024)
  • Penceramah Bengkel Peningkatan Kemahiran AI. Anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM (2024)
  • Panel Penceramah Webinar Drive to Thrive: Mastering Google Drive Management. Anjuran Awantec & Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM (2024)

Sumbangan & Penglibatan Sebagai Jawatankuasa/Jurulatih/Juri

  • Jurulatih KL IT Challenge For Youth With Disabilities, Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities (2018-2023)
  • Penolong Jurulatih Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Kebangsaan Tahun 2021
  • Jurulatih Global IT Challenge For Youth With Disabilities (2020-2023)
  • Panel Pembangun Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM)
  • Ketua Pentaksir Kawasan Zon Pudu bagi Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah
  • Jurulatih & JK Teknikal e-Sukan Pendidikan Khas peringkat W.P Kuala Lumpur (2021)
  • Jurulatih e-Sukan Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Tahun 2022
  • Jurulatih & JK Teknikal e-Catur Pendidikan Khas peringkat W.P Kuala Lumpur (2021 & 2022)
  • Jurulatih e-Catur Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Tahun 2021 & 2022
  • Jurulatih & JK Teknikal e-NILAM Pendidikan Khas peringkat W.P Kuala Lumpur (2022)
  • Jawatankuasa Teknikal e-Catur Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan (2022)
  • Jurulatih e-Catur Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Tahun 2022
  • Ketua Jurulatih & Ketua Teknikal e-NILAM Pendidikan Khas peringkat W.P Kuala Lumpur (2023)
  • JK Siaraya e-Kokurikulum Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Tahun 2022.
  • Juri Pertandingan Video PdP TikTok Sains dan Matematik Peringkat Kebangsaan 2023
  • Jurulatih Bengkel Pensijilan Antarabangsa Google. Anjuran Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPWPKL (2023)
  • Jurulatih Minecraft for Education Hour of Code. Anjuran Microsoft & BSTP,KPM. (2023)
  • Jurulatih Utama dan Panel Pakar Modul Literasi dan Numerasi PLaN Sekolah Rendah. (2024)
  • Juri Pertandingan Poster Digital Karnival Kebolehpasaran MBPK Peringkat WP Kuala Lumpur (2024)
  • Pegawai Teknikal Pertandingan Inovasi Karnival Kebolehpasaran MBPK Peringkat WP Kuala Lumpur (2024)

Anugerah dan Pencapaian 

  • Anugerah Khas Guru PdPR Peringkat Kebangsaan Tahun 2021
  • Anugerah Guru Inovatif Peringkat W.P Kuala Lumpur 2021 (Tempat Pertama dalam Kategori Individu Sekolah Menengah)
  • Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat W.P Kuala Lumpur Tahun 2021
  • Anugerah Khas Guru PdPR Peringkat W.P Kuala Lumpur Tahun 2021
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021
  • Anugerah Cikgu Juara Digital Peringkat Kebangsaan Tahun 2022
  • Anugerah Guru Inspirasi McDonald Tahun 2022
  • Top 20 Finalist International Special Education Innovation Award 2022
  • Anugerah Ikon Guru Digital GPICT Peringkat W.P Kuala Lumpur 2022
  • Anugerah Perak Pertandingan Inovasi International Symposium On Child Education (ISCE) 2022 Anjuran IPG Perempuan Melaka
  • Anugerah Emas Pertandingan Inovasi INO-IK 2023 Anjuran IPG Ilmu Khas
  • Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Pendidikan 2023 Anjuran IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
  • Anugerah Emas International Conference of Education & Futuristic Innovation (ICEFI) 2023
  • Special Jury Award International Conference of Education & Futuristic Innovation (ICEFI) 2023
  • Anugerah Pencipta Kandungan Digital Peringkat W.P Kuala Lumpur 2023
  • Anugerah Guru Inovatif Peringkat W.P Kuala Lumpur 2023 (Tempat Pertama Kategori Individu Menengah)
  • Anugerah Guru Inovatif Peringkat W.P Kuala Lumpur 2023 (Tempat Ketiga Kategori Kumpulan)
  • Anugerah Pendidikan Digital Kategori Sekolah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Majlis Digital Utilisation Technology Award.
  • Anugerah Pencapaian Guru Pendidikan Khas Peringkat Daerah Bangsar Pudu Tahun 2023
  • Juara Computational Thinking Educator Championship Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan 
  • Tempat Ketiga dan Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Karnival Kebolehpasaran MBPK Peringkat WP Kuala Lumpur Tahun 2024. 
  • Pembentang Kajian Tindakan di International Conference of Action Research (ICAR) 2022
  • Google for Education Certified Trainer 2021-Kini
  • Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) 2022-Kini, Microsoft Certified Educator
  • Classpoint Certified Trainer, Wakelet Community Leader, Edpuzzle Certified Coach, Nearpod Certified Educator, Kami Certified Educator, Classcraft Certified Educator, Quizizz Super Trainer








Pencapaian sebagai Jurulatih dalam Kemenjadian murid 

  • Johan Kategori eLifemap dan eTool Masalah Pembelajaran di KL IT Challenge For Youth With Disabilities 2018 
  • Tempat Ketiga Kategori eLifemap Masalah Pembelajaran di KL IT Challenge For Youth With Disabilities 2018 
  • Johan Kategori eLifemap, eTools Excel, eTools PowerPoint Kurang Upaya Pendengaran di KL IT Challenge For Youth With Disabilities 2020
  • Naib Johan Kategori eLifemap Kurang Upaya Fizikal di KL IT Challenge For Youth With Disabilities 2020
  • Tempat Ketiga Kategori eTools Excel Kurang Upaya Fizikal di KL IT Challenge For Youth With Disabilities 2020
  • Johan Kategori eLifemap, eTools Excel, eTools PowerPoint Kurang Upaya Pendengaran di Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Kebangsaan Tahun 2021
  • Johan Kategori eTools PowerPoint Masalah Pembelajaran di KL IT Challenge For Youth With Disabilities 2021
  • Tempat Ketiga Kategori eLifemap Masalah Pembelajaran di KL IT Challenge For Youth With Disabilities 2021
  • Johan Kategori eContent Kurang Upaya Fizikal di KL IT Challenge For Youth With Disabilities 2022
  • Best Award Winner Kategori eTools Excel Kurang Upaya Pendengaran di Global IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Antarabangsa 2021
  • Best Award Winner Kategori eContents di Global IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Antarabangsa 2022
  • Tempat Ketiga Anugerah eNILAM Pendidikan Khas Peringkat WP Kuala Lumpur Tahun 2023
  • Tempat Ketiga Pertandingan Inovasi Karnival Kebolehpasaran MBPK Peringkat WP Kuala Lumpur Tahun 2024


Nak tahu lebih lanjut tentang diri ini? Jom tonton video ini. 
VIDEO PENGENALAN DIRI



Post a Comment

0 Comments