My Journey & tips to Become Microsoft Certified Educator

Ewahhh tajukkk... mcm la panjang dan berliku-liku sangat journey tu. Tajuk ja nk havoc dlm bahasa Inggeris tapi content Bahasa Melayu. Tak kuasa pulak nk mengarang dlm Bahasa Inggeris. 😅
Actually, nak cerita dan berkongsi tips sikit cara-cara mendaftar sebagai Microsoft Certified Educator since saya baru je lulus exam ni. Sebelum saya kongsi tips, elok la kita ambil tahu dulu apa sebenarnya Microsoft Certified Educator ni dan kenapa cikgu2 patut ambil exam ni?

Apa itu Microsoft Certified Educator?
Pensijilan Microsoft Certified Educator (MCE) ialah program pembangunan profesional yang merapatkan jurang antara kemahiran teknologi dan pengajaran inovatif di dalam kelas berkonsepkan 21st Century Learning Design. Sebab tu kalau kita tengok sijil MCE ni, di bawahnya bertulis Technology Literacy for Educator's - 21st Century Learning Design. Pendidik yang memegang pensijilan Microsoft Certified Educator boleh membuktikan mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang tersuai untuk pelajar yang menggabungkan kemahiran penting abad ke-21 menggunakan alatan Microsoft.

Kenapa pula cikgu-cikgu patut ambil Pensijilan Microsoft Certified Educator ni?
  • Memperolehi pensijilan ini akan meningkatkan keupayaan dan kemahiran kita sbg seorang Pendidik yang mengintegrasikan teknologi dalam PdP abad 21 mengikut acuan Rubrik 21st Century Learning Design yang digunakan dan dipelajari sebelum mengambil peperiksaan MCE ini.
  • Membetulkan dan mengukuhkan konsep dan pemahaman kita berkaitan 21st Century Learning Design yang sepatutnya diintegrasikan di dalam kelas mengikut rubrik yg betul bagi memastikan penguasaan murid terhadap sesuatu kandungan pembelajaran.
  • Sijil ini boleh dilampirkan dlm CV cikgu2 sbg bukti cikgu dah menguasai rubrik 21st CLD dan sentiasa bersedia mengaplikasikannya dlm PdP bersama murid.
  • Lebih banyak peluang2 terbuka luas untuk Pembangunan Professionalisme cikgu2 terutama dalam inovasi.
  • Membantu anda menjadikan bilik darjah lebih menarik dan interaktif & mengurangkan beban kerja.
  • Menjadi Pakar dalam menggunakan Alat Digital dalam Pengajaran
  • Dapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang penggunaan pedagogi digital dalam Rancangan Pengajaran.
  • Pendidik mempunyai peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan dengan melibatkan diri dalam perbincangan berterusan sebagai sebahagian daripada komuniti pelajar.

Kursus bersama En Hailan Abdul Hamid yg menjadi pembimbing dan proctor kami.
  • Facilitate student collaboration
  • Facilitate skilled communication
  • Facilitate self-regulation
  • Facilitate real-world problem solving and innovation
  • Facilitate student use of Information and Communication Tools (ICT)
  • Use ICT to be an effective educator



Bagaimana caranya untuk mendapat pensijilan MCE ni?

Untuk mendapatkan pensijilan ni, cikgu perlu mengambil peperiksaan MCE berbayar. Harga berbeza mengikut negara di mana exam ini 'proctored' @ dikawal. Kalau di Malaysia skrg, tak silap lebih kurang 69USD. Peperiksaan ni x terhad kpd Pendidik saja, malah sesiapa saja yg berminat utk tingkatkan Professionalisme boleh je mengambil pensijilan ni.

Peperiksaan boleh didaftarkan dgn certiport.com. Lebih mudah sebenarnya kalau mendaftar dgn mana2 organisasi yg menawarkan kursus pensijilan ni. Boleh terus belajar dgn mengikuti kursus dan terus mengambil exam. Mereka yang akan uruskan. Kita hanya perlu daftar akaun di certiport.com. 

Ikut pengalaman sendiri, saya mendaftar di bawah kursus yg dianjurkan oleh Lenovo EdVision. Mereka yg sponsor pensijilan ni. So, PERCUMA semua. Seorang proctor ditempatkan utk membantu membimbing dan menguruskan proses peperiksaan kita. Tapi, kursus ni bukan selalu ditawarkan, kena sentiasa alert & terus grab bila dibuka utk pendaftaran. 



Peperiksaan Microsoft Certified Educator. Mcm mana tu? Apa yang ditanya?

Peperiksaan ni antara yang paling sukar yg sy pernah ambil sebenarnya. Kesukaran ya bukan kerana soalan saja tapi masa yg diperuntukkan sangat pendek. Jumlah soalan adalah 37 soalan yang majoritinya berbentuk senario atau situasi. So, soalan mmg panjang. Semuanya dlm Bahasa Inggeris dan sukar nak fahami kehendak soalan. Ada yang multiples choice, isi tempat kosong dgn pilihan yg diberi & drag & drop. Apapun, kalau cikgu dah belajar & faham tentang rubrik 21st CLD, tak menjadi masalah besar utk menjawab soalan cuma perlu mengejar masa.

Total markah adalah 1000 dan Cikgu  perlu dapat 700 utk lulus. Soalan pula dibahagikan kpd beberapa kategori yg perlu Cikgu submit jawapan setiap kali selesai satu kategori. Lps submit kategori tu, Cikgu dah X boleh ubah jawapan ya. Untuk lulus peperiksaan ini, cikgu-cikgu perlu menguasai kurikulum 21CLD dan mempunyai pemahaman yang kukuh tentang aplikasi yg disediakan oleh Microsoft. 

Kemahiran yang diukur dalam peperiksaan MCE:
Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk GARIS PANDUAN MICROSOFT CERTIFIED EDUCATOR 

Post a Comment

0 Comments