Orang kata tak kenal maka tak cinta kan... So, jom story2 dulu tentang asal usul Classcraft ni.
Apa yang bestnya dengan game Classcraft ni dan bagaimana dimainkan?
Game Classcraft ni menekankan kolaborasi, penyelesaian masalah & komunikasi di samping menitik beratkan sosial dan emosi murid. Pendek kata, sebenarnya permainan ini mementingkan keseronokan belajar dalam environment PdP Abad-21. Game ni seakan-akan sama design dengan game World of Warcraft. In case ada sesiapa yang pernah main, mungkin boleh nampak persamaannya terutama dari segi perwatakan watak dalam permainan ini yang terdiri daripada Healer, Guardian & Mage. Ia adalah multiplayer game yang mana, guru-guru akan kongsikan tugasan PdP dalam permainan ini melalui storyline @ Quest iaitu route pengembaraan yang perlu diikuti oleh murid melalui penceritaan menarik yang direka oleh guru.
- Memotivasikan murid until menyiapkan tugasan
Murid pula akan memilih character berdasarkan peranan dan mereka perlu memastikan experience point, XP, Action point AP Dan Health Point, HP mencukupi dan meningkat untuk mereka naik ke level yg lebih tinggi dan dgn peningkatan Action Point, mereka akan dapat membeli pelbagai aksesori hebat untuk watak @ avatar mereka. Untuk mendapatkan XP, mereka perlu menyiapkan tugasan Yang diberikan oleh guru melalui quest pengembaraan mereka sehingga semua tugasan selesai. Ini secara tidak langsung dapat memotivasikan mereka untuk berkolaborasi menyiapkan tugasan yang diberi. Guru boleh menerapkan jumlah XP yg bakal diterima apabila murid berjaya menyelesaikan tugasan.
Selain itu, permainan Classcraft menitikberatkan nilai Murni dan sahsiah murid di dalam kelas. Hmm...mcm mana pulak tu? Sebenarnya selain daripada reward XP melalui penyelesaian tugasan, murid juga akan menerima XP melalui sikap positive yang ditonjolkan di dalam kelas. Guru boleh menetapkan sikap2 positif yg perlu ada pada murid dan jumlah XP yg akan diterima oleh murid yg menonjolkan sikap yg baik. Guru juga boleh mengurangkan HP jika silap negatif ditunjukkan oleh murid. Pengurangan HP boleh membuatkan character mati jika tiada lagi HP.
- Meningkatkan interaksi Sosial melalui Kolaborasi
Pencarian dan senario pertempuran yang diwujudkan dalam permainan ini boleh menarik minat pelajar dan membantu mengembangkan perasaan setiakawan dalam kumpulan. Malah dalam permainan ini diwujudkan beberapa tools yang menarik seperti Kudos, volume meter, discussions & random picker untuk meningkatkan komunikasi dan interaksi Sosial.
- Penilaian dan aktiviti pengukuhan
Guru juga boleh memuatnaik soalan kuiz yang boleh diselesaikan oleh murid melalui tools boss battles atau bentuk formatif kuiz.
Jom tonton playlist video tutorial Classcraft saya ini.
0 Comments