Top 10 RISE EDUCATOR AWARD 2024

Alhamdulillah. Tak pernah sangka akan tercalon dan disenarai pendekkan sebagai Top 10 Rise Educator Award ni. Tiba-tiba je dapat tagging notifications dari rakan-rakan Facebook. Rupa-rupanya, murid saya Kaviraj telah menghantar pencalonan saya untuk anugerah ini. Dia gunakan penulisan yang sama semasa dia menghantar pencalonan saya untuk Anugerah McDonald's pada Tahun 2022. Rasa terharu sangat. 


Disenarai pendekkan ke Top 10 ni pun dah syukur sangat. Tapi kalau ada rezeki untuk menang, lagi la best sebab Taylor's College selaku penganjur Anugerah ni dah peruntukkan hadiah kemenangan besar bernilai RM20,000 khas untuk pembangunan infrastruktur sekolah. Banyak lah kemudahan yang boleh ditambah baik untuk anak2 didik cikgu nanti. Angan-angan tak salah kan? 


Apapun, bukannya senang nak menang anugerah ni. 9 calon lain sangat hebat dan telah memberikan sumbangan yang besar kepada murid, sekolah serta komuniti mereka. Kagum dan terinspirasi bila baca kisah mereka. Tahniah semua. 



Jom kita baca kisah Inspirasi mereka. Semoga dapat dijadikan pembekal semangat untuk kita terus menyumbang demi keberhasilan anak bangsa kita.











Post a Comment

0 Comments