Juara Computational Thinking Educator Championship (CTEC) 2023


Rezeki pertama bagi tahun 2024 apabila diri ini dinobatkan sebagai Juara CTEC 2024 oleh pihak MDEC. Sungguh tak sangka sebenarnya kerana ini adalah kali pertama saya menghantar penyertaan dalam pertandingan yang berkait dengan pemikiran Komputasional. Pengetahuan dan kemahiran dalam Computational Thinking (CT) ni pun masih cetek. Tahniah juga kepada dua orang lagi guru hebat yang telah berjaya memenangi tempat ke-2 dan ke-3. 

Sesungguhnya, saya menumpang rezeki anak-anak murid saya, murid berkeperluan Pendidikan Khas di SMK Orkid Desa. Setiap ilmu baharu yang saya terokai adalah kerana mereka dan ilmu-ilmu ni banyak saya belajar dari pengalaman mendidik mereka. 



Terima kasih anak-anak didik PPKI SMK Orkid Desa. Terima kasih juga kepada juri dan penganjur pertandingan iaitu MDEC atas pengiktirafan ini. Seterusnya, buat org yang sentiasa memberikan sokongan serta doa tanpa putus iaitu mama dan suami saya.



Tanpa kerjasama serta sokongan dari rakan-rakan guru PPKI SMKOD terutama Pn Noorhayati Mustaffa, memang sukar juga untuk saya melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama murid-murid. Terima kasih. 

Ramai juga antara guru-guru yang minta saya kongsikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan video PdPc yang saya hantar sebagai penyertaan pertandingan ini. Di sini saya kongsikan sebagai panduan guru-guru:





Post a Comment

0 Comments