Rangkul 3 Anugerah Di Wacana Inspirasi Pendidikan WP Kuala Lumpur 2023

"Strive not to be a success, but rather to be of value" ~ Albert Einstein 


1. ANUGERAH PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL (TEMPAT PERTAMA)

2. ANUGERAH GURU INOVATIF KATEGORI INDIVIDU MENENGAH 

(TEMPAT PERTAMA)

3. ANUGERAH GURU INOVATIF KATEGORI KUMPULAN (TEMPAT KETIGA)


Alhamdulillah... Ketiga-tiganya adalah hasil dari usaha yang terkumpul sejak 4-5 tahun yang lalu dalam membentuk kemenjadian murid PPKI SMK Orkid Desa. Terima kasih anak2 didik cikgu. Berkat mengajar anak2 ini lah yang menjadi pencetus idea kepada inovasi-inovasi yang dihasilkan. Sesungguhnya selama bergelar guru Pendidikan Khas, saya banyak menumpang rezeki anak2 istimewa ini. 


Ini merupakan kali kedua saya memenangi Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Menengah selepas tahun 2021 yg lalu. Tahun ni cuba juga menghantar pencalonan inovasi untuk Kategori Kumpulan bersama adik Aina Nasuha & Ansari. Alhamdulillah, tak disangka menjadi rezeki kami mendapat tempat ketiga setelah bersaing di peringkat Zon & Negeri dengan ramai lagi peserta berkumpulan dari Prasekolah sehingga Menengah Atas. 



Terima kasih urusetia Wacana Inspirasi Pendidikan, SSTP, Sektor Pendidikan Khas, PPD Bangsar/Pudu & Sektor Pembelajaran JPWPKL termasuk juri2 yang terlibat dalam verifikasi, atas penganugerahan ini. Terima kasih juga kpd suami Mohd Shahidi Ismail & mama Afifah Shamsudin , org yg terpenting di sebalik setiap kejayaan yg dicapai. Juga buat Pentadbir SMK Orkid Desa atas sokongan padu serta rakan2 guru PPKI SMK Orkid Desa termasuk PKPK kami yg sgt supportive Pn Noorhayati Mustaffa . Semoga pencapaian ini menjadi nilai tambah dan pembekal semangat utk terus memberikan sumbangan yg terbaik bagi kemenjadian murid, sekolah & komuniti. InsyaAllah.











#WacanaInspirasiPendidikanKL2023

#CikguAinul

#sayacikgupendidikankhas

Post a Comment

0 Comments