Perkongsian Amalan Terbaik

Alhamdulillah. Terima kasih JPWPKL atas ruang & peluang untuk berdiri di atas pentas Wacana Inspirasi Pendidikan yang gah ini bagi berkongsi amalan terbaik bersama barisan guru-guru KL hebat dan mempunyai pencapaian luar biasa dalam bidang masing2. Bila dengar pencapaian2 pembentang yang lain, terasa diri ni kerdil. 


Pada awalnya, sebaik saja terima jemputan sebagai pembentang pada 18 September 2023, lama gak termenung memikirkan tajuk apa yg sesuai untuk dikongsi. 2-3 kali jugak bertukar tajuk. Pikir punya pikir, akhirnya come out dgn tajuk Pembudayaan Teknologi Digital dalam Kemenjadian Murid, Sekolah dan Komuniti. Memang itu yg diusahakan dari dulu hingga sekarang dan insyaAllah berpanjangan selagi bergelar pendidik. Walaupun kadang2 rasa  sumbangan atau amalan yg dibuat tu tak lah sebesar mana dan bukanlah yg terbaik untuk dikongsi. Tapi, siapa sangka mungkin yg kecil dan sumbangan biasa bagi diri kita tu, sebenarnya cukup besar bagi org lain. Jadi, teruskan berkongsi walaupun sekecil mana pun amalan baik yg dilaksanakan. 









#cikguainul

#sayagurupendidikankhas

Post a Comment

0 Comments