Tambah kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid melalui permainan 'Cari Perkataan Tersembunyi'

Modul mencari perkataan Bahasa Inggeris tersembunyi ini sesuai untuk murid pra sekolah, tahap 1 dan murid berkeperluan Pendidikan Khas sebagai bahan Bantu mengajar untuk mengeja sesuatu perkataan.

Permainan mencari perkataan tersembunyi ini memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak. Antaranya adalah, ia mampu meningkatkan tahap fokus anak-anak. Hal ini kerana, mereka akan fokus mencari huruf untuk melengkapkan sesuatu perkataan. Secara tak langsung dapat menambah kosa kata mereka.

Di sini, saya kongsikan modul yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai bahan Bantu mengajar. Ibu bapa juga digalakkan menggunakan modul ini sebagai aktiviti bersama anak2 di rumah. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan.

Muat Turun: Basic English Word Search Module

Post a Comment

0 Comments