13 Idea Kreatif Penggunaan Padlet Dalam PdPc

Padlet berperanan sebagai papan buletin dalam talian, tetapi dengan banyak fungsi yang tak dapat dilakukan oleh papan buletin biasa. Keistimewaan padlet telah saya kongsikan dalam perkongsian di YouTube Channel Cikgu Ainul. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang padlet & cara menggunakannya, cikgu-cikgu boleh rujuk kepada link tutorial ini.

TUTORIAL: https://youtu.be/iYF6OkUeUTU

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Di sini saya kongsikan idea2 penggunaan padlet yang mungkin boleh diguna dalam PdPc guru2.

 1. Perbincangan kolaboratif mengenai topik, pernyataan, projek atau idea.

Idea ini mungkin paling popular di kalangan guru. Berikan tajuk yang perlu dibincangkan oleh murid atau projek yang memerlukan murid melakukan sumbang saran. Kongsi pautan padlet dan biarkan murid berkongsi idea dan komen mereka. Dengan cara ini, setiap murid dapat melihat apa yang rakan lain fikirkan. Guru2 boleh membincangkan beberapa jawapan yang diberikan dengan seluruh kelas.

Contoh aktiviti: Minta murid mencari isi-isi penting penulisan karangan bagi sesuatu topik & kongsikan di padlet. 

2. Penyelidikan kolaboratif (Discovery learning).

Gunakan padlet untuk pencarian artikel atau maklumat berkaitan topik.

Apabila guru membiarkan murid membuat kajian, misalnya, 'Kajian Novel Tirani', guru dapat mengumpulkan maklumat yang di cari oleh murid di tempat yang sama. Pelajar lain dapat melihat kajian @ maklumat orang lain juga. Hal ini kerana, murid boleh berkongsi link artikel pada padlet dan artikel itu dapat dibaca oleh murid lain. 

Contoh lain:

Bagi subjek sejarah, minta murid mencari maklumat & berkongsi link artikel berkenaan zaman mesolitik. Atau bagi subjek Sains, minta murid berkongsi maklumat dari dalam talian tentang Sistem Pengangkutan Darah. 

3. Portfolio @ kerja khusus murid dalam talian.

Gunakan Padlet sebagai alat portfolio @ kerja khusus murid. Buat board padlet untuk setiap murid dan biarkan mereka menghantar tugasan, artikel dan projek di board. Sebagai guru, cikgu2 boleh memberi komen dan memberi maklum balas. Setiap kali murid mendapat sesuatu maklumat untuk portfolio, dia hanya perlu menyimpannya di papan padlet portfolio. Tidak perlu lagi mengedit dan mencetak artikel. Walau bagaimanapun, idea ini memerlukan cikgu untuk upgrade padlet dgn bayaran yang dikenakan kerana versi percuma hanya terhad kepada 5 padlet. 

4. 'Exit Ticket' Padlet @ Pentaksiran Formatif


Gunakan pada akhir pengajaran untuk mendapatkan maklum balas daripada murid berkenaan apa yang diajar. Biarkan murid menjawab beberapa soalan penting seperti "apa yang kamu pelajari hari ini?", "Apa yang kamu tidak faham?" atau "Sila ajukan soalan untuk bahagian yang tidak faham". Atau cikgu sendiri boleh bertanyakan soalan @ kuiz berkaitan topik pengajaran & murid berkongsi jawapan pada padlet. 

5. Permainan Ice Breaker atau Set Induksi

Boleh digunakan sebagai Suai Kenal. Minta murid berkongsi gambar mereka di padlet beserta maklumat tentang mereka. Contohnya, 2 maklumat betul & 1 maklumat palsu. Murid lain akan meneka maklumat palsu antara 3 maklumat yang disenaraikan. Cikgu2 juga boleh gunakan pada kelas dalam talian yang pertama selepas cuti. Minta murid menceritakan aktiviti yang mereka lakukan di rumah semasa cuti sekolah ini pada board padlet gym. 

 6. Pembentangan Hasil Kerja murid.

Padlet boleh dijadikan tapak untuk membentangkan hasil kerja murid supaya dapat disemak atau dinilai oleh guru & murid lain. Sebagai contoh, murid berkongsi gambar hasil projek seperti hasil eksperimen, kraf tangan @ karya seni murid di padlet dan murid lain boleh meninggalkan komen membina atau menuliskan pemerhatian dari gambar yang dilihat. Justeru, murid tidak akan berasa tugasan projek yang dilakukan sia2 kerana dapat dinilai oleh guru sebaik saja tugasan selesai. 

 7. Sesi Perbincangan atau Perbahasan berkumpulan

Perbincangan dan perbahasan tentang sesuatu topik boleh menjadi sukar semasa anda mengajar dalam talian. Masa juga mungkin tidak mencukupi untuk mendengar pendapat semua murid. Berikan soalan, kemudian minta murid memilih  mengumpulkan maklumat serta sumber mengenainya. Semasa murid menyemak maklumat yang disiarkan oleh murid lain, mereka dapat berkongsi idea mereka sendiri dan mengemukakan soalan lebih lanjut. Ini juga merupakan kaedah terbaik untuk membantu murid berbahas dengan penulisan bahasa yang baik dalam talian, walaupun mereka tidak bersetuju mengenai sesuatu pendapat @ maklumat yang dikongsi oleh murid lain.

 8. Permainan 'Scavenger Hunt'

Saya kurang pasti apakah nama permainan ini dalam bahasa Melayu. Untuk bermain permainan ini, guru perlu aturkan padlet mengikut column. Di setiap column, tetapkan soalan dengan bahan yang perlu dicari oleh murid. Contoh: Carikan gambar seseorang yang sedang memegang payung dalam hujan. Maka, murid bersaing mencari gambar tersebut dari dalam talian & dengan pantas berkongsi gambar itu pada column di padlet. Murid yang paling cepat berkongsi gambar dgn maklumat yg tepat, dianggap pemenang. Permainan ini secara tak langsung membantu murid meningkatkan kemahiran penggunaan ICT. 

9. Aktiviti NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)

Gunakan padlet sebagai cadangan buku atau tapak perkongsian bahan bacaan dalam talian. Murid boleh berkongsi gambar @ link ebook yang dibaca. Murid juga boleh berkongsi sinopsis buku dalam bentuk penulisan atau audio rakaman suara. Minta murid lain untuk meninggalkan komen atau meletakkan rating bagi buku rakan.

10. Aktiviti Melabel Peta

Gunakan template board 'map' yang disediakan. Minta murid untuk melabel tempat @ negara pada peta dan bincangkan bersama murid perihal tempat-tempat menarik atau maklumat berkaitan tempat yang dilabel. Perkongsian maklumat berlaku pada board peta. 

11. Membina carta/peta i-think/peta alir

Perkongsian murid tentang sesuatu topik boleh disusun mengikut susunan jenis peta I-think yang pelbagai. Malah, dalam aturan padlet juga terdapat template peta alir yang boleh digunakan. Justeru, murid boleh diajar menggunakan peta ithink bagi semua topik @ subjek pengajaran melalui padlet. Contohnya, minta murid membuat peta alir bagi perkembangan sejarah sesuatu tempat atau peta alir kitar hidup rama-rama. 

12. Tapak Perkongsian Tugasan @ Homework

Gunakan Padlet untuk menyimpan semua tugas kerja rumah murid selama seminggu di satu tempat, atau susun tugasan harian untuk kelas dalam talian. Guru boleh membuat pautan ke video, permainan dalam talian, dan sumber lain, atau membuat tugasan secara langsung di Padlet, seperti menjawab soalan membaca. Murid atau ibu bapa juga boleh menghantar soalan ke tugasan yang dikongsi oleh guru pada padlet hanya dengan meninggalkan komen.

13. Tinjauan Pendapat atau undian ('rating')

Dengan nengaktifkan menu reaction pada setting di padlet, kita dapat mengumpulkan rating tentang pelbagai perkara. Contohnya seperti vote buku yang paling disukai menggunakan menu reaction seperti ❤️, bilangan bintang, grades 1-10 dan like 👍atau dislike 👎. Sebagai contoh, minta murid berkongsi gambar makanan tradisional masyarakat Malaysia dan minta murid berikan rating pada makanan tersebut untuk mengetahui makanan yang paling digemari oleh murid.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments