Tips Pendakian ke Lata Medang, Kuala Kubu Bharu. Apa yang best sangat?

Pendakian ke Lata Medang 

Berakhir pendakian kami ke Lata Medang di Kuala Kubu Bharu hari ni. Jarak 12km naik & turun.

Pendakian ke cni ambil masa 2 jam utk naik hingga ke puncak & 1 jam setengah utk turun, bergantung kpd tahap kecergasan & berapa lama masa yg korang ambil utk berhenti  sepanjang jln utk bergambar 😁. Tak termasuk masa spend di puncak air terjun.

Trek nak ke cni agak mendatar pada 2km awal & lps tu mmg menguji ketahanan mental & fizikal jugak la utk complete 6km hingga ke puncak. Kali ni kami mendaki berdua ja. Tak da jurupandu, cuma ikut tips yg dikongsi oleh blogger.


Actually, dek kerana fokus mendaki, kami terlepas jln keluar ke waterfall Lata Medang yg dicari. So, kami decide berpicnic je di puncak Lata Medang. Cadangnya nak cari exit tu time turun. Tapi x terjumpa pulak 😅. Apapun, tujuan asal hiking ke cni dah tercapai.

====================================

Tips utk hiker yg berminat nak ke cni:

1. Utk ke cni, cuma perlu set gps location ke Kg Pertak. Boleh Parking di Padang Kg Pertak (sblm pondok tiket) atau kalau nak lebih dekat, parking di bahagian atas selepas pondok tiket. Itu pun kalau parking x penuh. Bayaran tiket masuk RM1 setiap org. 

2. Lepas beberapa ratus meter mendaki, akan jumpa jambatan besi & beberapa ratus meter lps tu akan jumpa jambatan condong. Boleh pilih sama ada nak melalui jambatan atau nak redah sungai.

3. Then akan jumpa simpang pertama. Ambil simpang yg kiri. Yg kanan, x pasti pulak nak ke mana.

4. Dlm 1km dari simpang tu, akan jumpa simpang kedua, still pilih simpang yg kiri.

5. 2km pendakian, akan jumpa simpang ketiga. Yg ni pastikan ambil simpang kanan. Kalau yg ke kiri, katanya akan ke Bukit Kutu & Gunung Rajah. Lps simpang ni, korang ada 4km lagi jln terus utk sampai ke Lata Medang.

6. Pastikan bekalan air minum cukup. Kalau x cukup, mau pengsan gak. Tak pun minum air sungai je la jawabnya... 😁

7. Kat atas sana tak de tandas. So, kalau nk buang air, mandi & tukar baju tu pandai2 la nyorok tepi batu. (kami x mandi pun)

8. Network coverage mmg tak de langsung ye. So, kalau sesat, atau terpisah dari kwn2 hikers lain, susah jugak la. (Tadi dah ada kes camni)

9. Tips akhir, sepanjang pendakian, kurangkan bertanya 'Jauh lagi ke?' pada hikers yg turun. Salah jwb, lemah semangat kwn yg baru nk naik 😅.

10. Good luck pada hikers yg nk mencuba!


Untuk lebih faham, boleh tonton video Pendakian kami di pautan ini:

Video Pendakian Lata Medang

#LataMedang

#LataMedangWithLove

#hiking

Post a Comment

0 Comments