Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, kami membawakan satu inisiatif menarik untuk semua!
Memperkenalkan Word Search 'Minda Merdeka', sebuah permainan yang direka khas untuk menguji minda dan memperkaya pengetahuan anda tentang kemerdekaan negara.
Permainan ini dihasilkan dalam 10 set dengan 10 tema berbeza yang pastinya akan mencabar minda anda. Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mengimbas kembali sejarah dan menghargai perjuangan para pejuang kemerdekaan kita.
Cara Bermain:
* Secara online: Klik pautan di bawah dan main terus di peranti anda.
* Secara bercetak: Bagi guru-guru atau ibu bapa, anda boleh mencetak permainan ini dalam bentuk PDF dengan klik pada menu 'CETAK PDF' yang tersedia.
Boleh juga terus dimuat turun semua versi bercetak dari pautan ini:
MUAT TURUN VERSI PDF:
WORD SEARCH VERSI BERCETAK
Jom uji pengetahuan dan ketajaman mata anda!
Pautan Permainan ONLINE:
https://g.co/gemini/share/ff9cd7b1e844
P/S: Jika anda mengalami masalah untuk membuka pautan, sila salin dan tampal pautan ini ke pelayar web (browser) Google Chrome anda.
#HariKebangsaan2025 #MindaMerdeka #WordSearch #PermainanMinda #Malaysia #SayangiMalaysia
0 Comments