Pembaharuan Sijil Google: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Google for Education telah mengumumkan kemas kini penting mengenai pensijilan Google pada Ogos 2025. Jika anda seorang pendidik yang ingin menguasai tools Google atau seorang profesional yang ingin meningkatkan kemahiran digital, ini adalah berita baik untuk anda!



1. Platform Baharu untuk Pengurusan Sijil Anda

  • Google telah melancarkan platform pendaftaran baharu yang dinamakan Google for Education Launchpad.
  • Platform ini direka untuk memudahkan navigasi dan akan menempatkan semua pensijilan Google for Education dalam satu tempat.

2. Format Peperiksaan yang Dikemaskini

  • Peperiksaan Level 1 dan Level 2 kini merangkumi soalan aneka pilihan baharu.
  • Bahagian yang paling menarik ialah kemasukan "makmal" atau soalan berasaskan senario.
  • Terdapat tiga senario untuk setiap peperiksaan, dan setiap senario mengandungi beberapa langkah.
  • Soalan ini dikuasakan oleh Qwiklabs dan anda perlu menggunakan pengetahuan anda untuk menyelesaikan tugas tanpa arahan langkah demi langkah.
  • Sebuah sistem pemarkahan automatik akan menyemak kemajuan anda.

3. Sumber Belajar yang Komprehensif

  • Google telah menyediakan pelbagai sumber untuk membantu anda bersedia.
  • Panduan Peperiksaan Baharu: Panduan 2-halaman PDF ini menggariskan topik yang mungkin muncul dalam peperiksaan standard dan pembaharuan. Anda boleh mencapainya di goo.gle/L1examguide.
  • Task Cards Baharu: Task Cards yang diperbaharui ini mengandungi maklumat terperinci tentang cara menggunakan tools Google for Education.
  • Learning Centre: Kursus-kursus seperti "Basic and Intermediate use of Google Workspace for Education Fundamentals" sangat membantu untuk belajar kemahiran yang diuji. Anda boleh mengaksesnya melalui goo.gle/learningcenter.





4. Tarikh Penting dan Kos Peperiksaan

  • Peperiksaan baharu akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September untuk lokasi terpilih. Peperiksaan sedia ada akan terus ditawarkan untuk bahasa yang belum disokong.
  • Berita Baik: Peperiksaan baharu ini akan ditawarkan secara percuma selama enam bulan, dari 1 September 2025 hingga akhir Februari 2026.
  • Selepas tempoh percuma itu, kos peperiksaan akan kembali kepada harga asal, iaitu $10 USD untuk Tahap 1 dan $25 USD untuk Tahap 2.
  • Bahasa baharu yang disokong termasuk: Bahasa Inggeris (AS), Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Poland, Portugis (Brazil), Sepanyol (Amerika Latin), Cina (tradisional), dan Ukraine.




MUAT TURUN SLAID HEBAHAN DENGAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DI SINI


SUMBER SLIDES: GEG Leaders August 25 Townhall

Post a Comment

0 Comments