Berakhir minggu yg sgt padat... Bermula dengan World Education Summit 2023 pada 2 dan 3 Oktober bertempat di Hotel Everly Putrajaya. Alhamdulillah, mendapat jemputan dari penganjur sebagai salah seorang delegasi guru Pendidikan Khas dari Malaysia.
Daripada makluman peserta yang terlibat, event ini adalah usahasama Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi tak hairan lah tak ramai guru KPM yang terlibat dan majoritinya terdiri daripada pensyarah2 IPTA, IPTS, dan ada juga beberapa org panel serta pegawai dari BSKK, KPM. Walau bagaimanapun, tak kurang ramai juga guru-guru dari International School yg hadir. Luckily, ditemani husband yg mendaftar di bawah Technopreneur pendidikan memandangkan dia bnyk terlibat dgn IPTA & IPTS dlm penyediaan sistem. Thanks Mohd Shahidi Ismail ❤️. Terima kasih juga tuan pengetua SMK Orkid Desa, En Rossaidi atas peluang dengan pelepasan utk ke sini.
Sesi perkongsian sepanjang event ini berlangsung dibahagikan kpd 2 hall iaitu high education & school education. Speaker di School education majoritinya merupakan pengetua2 dari International School sama ada dari Malaysia atau luar Negara. Sesi forum selama dua hari secara umumnya menyentuh kepentingan penggunaan teknologi dlm PdP, gamifikasi serta strategi PdP abad-21 seperti mana yg dilaksanakan oleh guru2 kita sekarang.
Turut membincangkan mengenai kepentingan metacognition (intentionally thinking about how you think and learn). Melalui metakognitif yg sy faham sbg 'refleksi diri', kita tahu apa yg kita tahu, kita tahu apa yg kita tidak tahu dan kita tahu apa yg perlu dilakukan apabila kita tidak tahu. Metacognition ini bukan saja penting utk murid tetapi penting utk guru juga supaya kita sedar akan kelemahan proses serta strategi PdP yg digunakan dan memikirkan apa yg perlu dilakukan utk mengatasi kelemahan tersebut.
Perbincangan dlm sesi seterusnya turut menyentuh kepentingan kolaborasi Antarabangsa melalui perkongsian ilmu dalam platform bengkel, seminar @ webinar dan program pertukaran murid serta guru. Kolaborasi Antarabangsa tidak seharusnya tertumpu kpd program pertukaran murid dan guru antara dua buah Negara, tetapi boleh juga melibatkan pertukaran guru serta murid antara sekolah kerajaan dan sekolah Antarabangsa. Kolaborasi ini penting supaya masing2 dpt mempelajari budaya kerja, kaedah2 pengajaran yg mungkin berbeza bagi memperbaiki kualiti diri dan organisasi.
Apa yg menarik lagi adalah perkongsian oleh Ahmed Adhly Rasheed dan Vill Kurlela dari Finland International School, Maldives. Sekolah ini adalah satu2nya sekolah di Maldives yg mengintegrasikan sistem Pendidikan Finland dalam perlaksanaan pedagoginya yg tidak memfokuskan kepada peperiksaan sebaliknya tertumpu kpd proses semasa berlakunya pembelajaran. Terdapat beberapa slaid penerangan menarik telah saya kongsikan dlm gambar.
Perkongsian lain turut menyentuh secara umum mengenai inclusivity dan pendidikan awal kanak-kanak. Rasa berbangga juga bila dpt tahu salah seorang speaker merupakan anak melayu Malaysia, Mohd Fadzli Hashim yg merupakan founder The Brainy Bunch International Montessori yg telah beroperasi lebih dari 10 tahun dan telah berjaya membuka 153 cawangan hingga ke luar negara termasuk Indonesia dan Singapura.
Sekian sedikit sebanyak perkongsian dari World Education Summit yg dihadiri. Terima kasih kpd penganjur atas jemputan. Semoga pada masa akan datang akan ada lebih ramai lagi guru-guru kita diberi peluang utk hadir menimba ilmu dlm event seperti ini. InsyaAllah.
#WES2023
#WorldEducationSummit
#cikguainul
#sayacikgupendidikankhas
1 Comments
Perkongsian/a> yang bagus dan bermanfaat.
ReplyDelete