Jadikan kelas lebih meriah dengan Quizizz Paper-mode. Macam mana tu?


Tak ada peranti? Tak ada masalah. 
Libatkan murid dengan 'Paper Mode' Quizizz yang pastinya dapat menarik minat murid untuk aktif menjawab soalan.
Caranya mudah je...

Untuk mengendalikan Quizizz menggunakan Paper Mode ini, murid hanya perlu pamerkan kad yang mengandungi cetakan kod pilihan jawapan yang mana, satu kod boleh mewakili 4 pilihan jawapan yang berbeza iaitu A,B, C & D. Murid hanya perlu putarkan kad kod. Cikgu pula akan menggunakan aplikasi Quizizz di phone untuk scan jawapan murid.

Di sini saya kongsikan cara langkah demi langkah untuk cikgu setup Quiziz Paper Mode.

Cara setup Quizizz Paper-mode


1. Log in ke website https://quizizz.com . 
2. Bina soalan dengan klik kepada button 'Create'. 

3. Jika ingin menggunakan bank atau koleksi soalan yang dikongsi oleh komuniti, cikgu2 perlu search by topic di ruangan carian dan klik pada pilihan soalan. Kemudian klik pada menu 'Copy and edit' dan klik 'Save'.


4. Kemudian, pergi kepada menu 'My Library' di bahagian kiri dan klik pada pilihan soalan. Apabila soalan dah dipilih, akan tertera 3 pilihan mode iaitu 'Live Session', 'Assign' dan 'Paper-mode'. Klik pada pilihan 'paper-mode'.


5. Seterusnya akan tertera paparan seperti di bawah. Cikgu2 perlu pastikan kedua-dua perkara di bawah ini telah dibuat sebelum mulakan permainan bersama murid. 


6. Klik pada menu 'print' untuk mencetak Q-cards jawapan dan cikgu boleh terus muat turun dan cetak Q-cards jawapan ini.


Salah satu Q-card jawapan. Murid hanya perlu pusingkan kad mengikut pilihan jawapan. Jika jawapan A, pastikan huruf A berada di atas.

7. Seterusnya, cikgu install aplikasi Quizizz di playstore atau apple store. 


Cara-cara bina kumpulan kelas dan menetapkan Q-cards bagi setiap murid.


1. Klik pada butang 'assign'.


2. Seterusnya akan tertera paparan seperti di bawah ini. Masukkan nama kumpulan/kelas serta nama murid mengikut nombor kad P1, P2, P3 dan seterusnya. Klik save apabila selesai.


3. Cikgu2 boleh create lebih banyak kelas dan hanya menggunakan set Q-cards yang sama utk setiap kelas. Cuma pastikan Q-cards diedar kepada murid mengikut nombor kad yang telah ditetapkan.

4. Sebelum bermain Quizizz paper-mode ini, pastikan cikgu memilih kelas terlebih dahulu atau jika tidak ditetapkan kelas, boleh terus bermain tanpa menetapkan Q-cards mengikut nama murid. Cuma semasa scan menggunakan phone, nama murid tidak akan kelihatan.


Cara-cara bermain Quizizz paper-mode.


Note: Pastikan tayangkan paparan laptop untuk murid membaca soalan kuiz. 

1. Klik menu paper-mode pada soalan kuiz.

2. Pilih kelas yang telah ditetapkan dalam menu assign. Edarkan Q-cards yang telah dicetak kepada murid. Pastikan edar mengikut nombor kad yang ditetapkan.

3. Klik 'next' dan tertera paparan seperti di bawah.


4. Open aplikasi Quizizz di phone. Pilih soalan kuiz yang akan dimainkan. Secara automatic paparan soalan akan keluar di laptop dan phone. 

5. Klik pada menu scan di bawah soalan dan mula scan jawapan murid. Pastikan murid telah memilih jawapan dan telah menunjukkan Q-cards pilihan jawapan. Pastikan juga Q-card ditunjukkan dengan jelas.

Nama murid akan tertera jika Q-cards telah ditetapkan semasa membina kelas/kumpulan

Hijau menunjukkan jawapan yang betul dan merah menunjukkan jawapan yang salah.

6. Klik submit apabila semua jawapan murid telah diimbas. Cara untuk menentukan jawapan murid telah diimbas adalah dengan merujuk kepada paparan soalan seperti di bawah ini.



Leaderboard selepas selesai permainan

7. Cikgu2 boleh muat turun laporan lengkap pencapaian murid, malah boleh terus emelkan kepada ibu bapa murid.



TONTON VIDEO TUTORIAL DI SINI

Untuk maklumat lanjut, boleh ajukan komen di sini atau ikuti group telegram pepermode Quizizz di pautan ini https://t.me/+Z44kFgyRgr80NjQ1












Post a Comment

0 Comments