Jom gamifikasikan kelas kepada bentuk 'Role Play Game' yang menarik dengan Classcraft!

SIRI TUTORIAL PERMAINAN CLASSCRAFT

https://youtube.com/playlist?list=PLrQSW7pqSfLgDYajlR79hFlb6W1or6Uor

Apa yang BEST tentang CLASSCRAFT ni??? 

1. Role play game yg menarik - murid boleh memilih avatar dgn jenis kuasa yg mereka kehendaki dan mereka dapat mengubah suai avatar mereka dari segi kuasa, aksesori & pakaian. 

2.  Aplikasi yang pastinya akan meningkatkan motivasi murid untuk menyelesaikan tugasan @ latihan yg diberi - menggunakan sistem ganjaran dalam bentuk role play game. Guru boleh menetapkan mata ganjaran (Experience Point) utk setiap tugasan yg perlu diselesaikan oleh murid. Experience point diperlukan utk naik level. Semakin tinggi level, semakin banyak aksesori dan kuasa yg boleh dibeli utk avatar mereka. 

3. Pengagihan tugasan @ latihan kpd murid dgn cara yang menarik iaitu melalui 'quest', perjalanan/pengembaraan yg perlu diikuti oleh murid melalui penceritaan atau misi.

4. Meningkatkan amalan baik & mengawal tingkah laku murid. Guru boleh menetapkan experience point yg akan diterima oleh murid untuk setiap tingkah laku yg baik dan guru boleh mengurangkan 'health Point' avatar murid setiap kali murid menunjukkan tingkah laku yg tidak baik.

5. Teamwork - character @ avatar murid dibahagikan mengikut team yg akan saling bekerjasama untuk memastikan ahli dalam team tidak kekurangan health point atau action point. So, murid dgn kuasa Healer akan membantu rakan mereka. Terdapat juga menu untuk perbincangan kumpulan.

6. Parking lot - Murid boleh meninggalkan komen sama ada kpd kwn2 @ guru melalui menu tool  'kudos' yg fungsinya sama seperti parking lot.

7. Kuiz interaktif - guru boleh berikan soalan dalam bentuk kuiz interaktif & murid bersaing untuk menjawab soalan.

Banyak lagi tools yang menarik dalam Classcraft yang sesuai digunakan oleh guru di dalam kelas. Kata org, x kenal maka x cinta. So, jom explore Classcraft melalui tutorial ini.





#CikguAinul

#ClasscraftCertifiedEducator

Post a Comment

0 Comments