Mengapa perlu ada Sijil Guru Malaysia? Apakah kelebihannya?

Ramai juga antara guru-guru yang tertanya-tanya dan terfikir-fikir mengapakah perlu memiliki Sijil Guru Malaysia? Apakah kelebihan atau keistimewaan jika memiliki sijil ini?

Jadi, di sini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan Sijil Guru Malaysia ini.

Mengapa guru perlu memiliki Sijil Guru Malaysia?

Seperti mana kumpulan professional yang lain, kebanyakan daripada mereka memiliki ID tersendiri. Memandangkan kerjaya guru ini dikategorikan Dalam kumpulan professional, mama seharusnya guru juga perlu memiliki ID tersendiri untuk membuktikan anda seorang guru Malaysia yang berdaftar dan bertauliah.

Tujuan diwujudkan Sijil Guru Malaysia?

Antara tujuan Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Sijil Guru Malaysia ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada guru yang telah memenuhi syarat kelayakan sebagai guru dan layak diberi pentauliahan.

Kelebihan dan keistimewaan jika memiliki Sijil Guru Malaysia.

  • Setelah memiliki Sijil Guru Malaysia, anda boleh menggunakan nombor unik ID Sijil Guru Malaysia sebagai nombor rujukan urusan Perkhidmatan PPP dan guru swasta.
  • SIJIL Guru Malaysia juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Boleh berkhidmat di mana-mana organisasi yg berdaftar dengan KPM.
  • Simbol kawalan kualiti guru Malaysia

Cara Muat Turun Sijil Guru Malaysia (SGM) versi baharu.




KPM tidak lagi mencetak dan pos Sijil Guru Malaysia kepada guru². Guru² kini boleh muat turun sijil digital Sijil Guru Malaysia (SGM) dari portal Sistem Guru Malaysia (SGMy)

Tonton video atau ikuti panduan muat turun Sijil Guru Malaysia.

Langkah 1:
Log masuk ke Sistem Guru Malaysia (SGMy) di pautan berikut: https://sgmy.moe.gov.my/

Langkah 2: 
Pilih Modul Individu

Langkah 3:
Log In di bahagian Guru KPM

Langkah 4:
- Masukkan No IC
- Masukkan kata laluan (kata laluan adalah sama seperti kata laluan SPLKPM)
- Klik Hantar

Langkah 5:
Klik Cetak (Bahasa Malaysia) untuk Sijil Guru Malaysia versi Bahasa Malaysia
atau pilih
Klik Print (English) untuk Sijil Guru Malaysia versi Bahasa Inggeris

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG SISTEM GURU MALAYSIA SGMy. 

Klik pada pautan gambar.



Post a Comment

0 Comments