Maklumat Berkaitan Sistem Guru Malaysia KPM (SGMy)

Bagi tujuan pengurusan, perancangan, dan rekod latihan dan kompetensi guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan laman web SGMy atau Sistem Guru Malaysia.


SGMy adalah sistem yang dibangunkan khusus bagi pengurusan, perancangan, dan rekod latihan dan kompetensi guru dan mereka juga boleh mendapatkan Sijil Guru Malaysia beserta nombor unik yang mengiktiraf mereka sebagai seorang guru berdaftar.

Objektif KPM membangunkan laman web ini adalah untuk:
  • Menjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan diiktiraf sebagai golongan yang profesional.
  • Memastikan individu dalam profesion keguruan sentiasa berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
  • Guru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan.

Modul SGMy

Terdapat 4 modul yang boleh digunakan oleh melalui sistem ini iaitu:
  • Modul Penyelaras SGMy: Untuk kegunaan penyelaras SGMy.
  • Modul Individu SGMy: Untuk kegunaan individu (guru) bagi tujuan semakan maklumat berkaitan SGMy.
  • Modul Dashboard: Untuk kegunaan pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir SGMy.
  • Modul Personel: Untuk kegunaan pengurusan perjawatan Bahagian/JPN/PPD

Cara Login SGMy

Untuk login laman web ini, para guru boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:
  1. Layari laman web SGMy iaitu https://sgmy.moe.gov.my/.
  2. Klik pada bahagian ‘Modul Individu.’
  3. Mask ID Pengguna dan kata laluan.
  4. Klik pada butang hantar untuk log masuk ke dalam sistem.

Cara Kemaskini e-Profil

Bagi guru yang ingin mengemaskini maklumat diri, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Login mengikuti langkah-langkah yang disebutkan di atas.
  2. Klik pada bahagian ‘e-Profil’ dan klik perkataan ‘e-Profil.’
  3. Masukkan data dan maklumat dengan betul.
  4. Pastikan semua maklumat disi.
  5. Setelah selesai, klik butang ‘Hantar.’

Cara muat turun Sijil Guru Malaysia

Post a Comment

0 Comments