Tips untuk mendapat pensijilan Apple Teacher


Ada antara guru yang memang berminat untuk belajar fungsi-fungsi menarik yang ada di dalam iPad dan MacBook tapi masalahnya masih belum berkemampuan untuk memiliki iPad dan MacBook sendiri. 

Adakah guru perlu memiliki iPad & MacBook untuk mendapatkan pensijilan Apple Teacher?

Sebenarnya cikgu tak perlu menunggu untuk memiliki iPad dan MacBook sendiri kerana tanpa peranti ini, cikgu masih boleh belajar berkenaan kebolehan serta menu2 menarik yg terdapat di iPad dan MacBook melalui Learning Centre di laman web Apple Education Community. Malah kita boleh teruskan dengan program Pensijilan Apple 🍏 Teacher apabila kita selesai mempelajari fungsi2 yang ada di dalam iPad dan MacBook. Tetapi, lebih mudah untuk cikgu memahami penggunaan setiap fungsi menu yang ada jika memiliki iPad dan MacBook supaya dapat meneroka dan mengaplikasikan sendiri setiap kegunaan tersebut. Ya lah...dah gelaran pun Apple Teacher kan, so, sepatutnya miliki produk Apple dan kuasai fungsi menu yang ada.

Bagaimana untuk mendapatkan pensijilan Apple 🍏 Teacher?

1. Layari website https://education.apple.com/en .

3. Sign in terlebih dahulu.


4. Jika belum pernah mendaftar (tidak memiliki Apple ID, klik pada create yours now.


5. Isikan semua maklumat yang diminta.

6. Ikuti langkah seterusnya untuk mendaftar ID dan pastikan subscribe sebagai membership.

7. Setelah memiliki ID, sign in account menggunakan ID.

8. Setelah berjaya sign in ke account, scroll ke bawah hingga ke bahagian 'Become an Apple Teacher'. 

Tips dan tricks untuk mendapatkan pensijilan Apple 🍏 Teacher 


  • Untuk mendapatkan pensijilan Apple Teacher cikgu perlu memiliki '6 badges for ipad' dan '6 badges for Mac'. Bermaksud, jumlah keseluruhan 12 badges.
  • Bagi mendapatkan setiap badges, Cikgu perlu ikuti modul di learning centre dgn klik pada pautan di badges. 
  • Selesai membaca penerangan berkaitan fungsi2 yang ada, Cikgu boleh teruskan dengan menjawab 5 soalan kuiz. 
  • Badge akan diberikan jika berjaya menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 4/5. Jika gagal, Cikgu boleh repeat berkali-kali hingga lulus dan menerima badge. 
  • Perlu diingat juga, soalan biasanya akan berubah setiap kali Cikgu repeat soalan.
  • Langkah yang sama perlu diikuti untuk mendapatkan badges yang lain.
Setelah Cikgu dapat mengumpul kesemua 12 badges, Cikgu akan menerima notification berikut.




Kemudian, bolehlah terus muat turun badge dan sijil Apple 🍏 Teacher. 

Setakat ini saja perkongsian kali ini. Good luck. Jgn lupa scroll ke bawah & klik button follow ye. Tq. 😊

Post a Comment

0 Comments