Mudahnya Bina Slaid PdP Interaktif Menggunakan AI

Pernah dengar tak tentang fungsi satu aplikasi yang dinamakan chat GPT? Apa saja maklumat kita boleh dapatkan dengan fungsi AI yang ada di chat GPT. Sampai lesson plan pun dia boleh sediakan untuk kita. 

Apapun, fungsi AI ni ada baik dan ada buruknya, bergantung kepada cara kita memanfaatkannya. Tapi untuk perkongsian kali ni, saya nak berkongsi bagaimana AI ini dapat membantu memudahkan kerja guru-guru dalam persediaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 

Fungsi AI di curipod.com

Perkongsian ini menjurus kepada pengenalan satu website iaitu curipod.com yang membantu menyediakan slaid pengajaran interaktif menggunakan fungsi AI yang ada. Bukan slaid pengajaran biasa ye, tapi slaid interaktif bermaksud slaid pengajaran yang diselitkan dengan aktiviti murid. Slaid ini boleh digunakan secara LIVE di dalam kelas yang mana murid boleh terus menjawab soalan kuiz, poll, wordcloud, open questions, drawing dan sebagainya yang ada di dalam curipod.com ini.  

Cara register & log in

Untuk menggunakan curipod.com, pengguna perlu sign up terlebih dahulu. PERCUMA tak perlu berbayar. 


2. Klik 'sign up'


3. Pilih jenis akaun

4. Taipkan nama sekolah & continue

5. Pilih email yang akan digunakan.

Cara membina slaid pengajaran interaktif menggunakan fungsi AI

1. Taipkan topik pengajaran 


2. Pilih grade atau tahap murid.


3. Tunggu untuk generate slaid


4. Slaid yang lengkap dengan aktiviti interaktif telah siap.


Kelebihan slaid pengajaran interaktif AI

1. Lengkap dengan penerangan yang jelas. Cuma jika menggunakan pencarian Bahasa Melayu, hasilnya adalah dalam Bahasa Indonesia tetapi Cikgu boleh edit slaid tersebut.


2. Lengkap dengan aktiviti set induksi seperti Brain Break. Murid boleh melukis secara LIVE semasa PdP LIVE di curipod.com.


3. Disediakan juga polls untuk murid memilih dan menjawab soalan.
 

Cara 'edit' slaid interaktif AI di curipod.com

1. Klik saja menu edit di bahagian kiri slaid. Tukarkan gambar jika perlu. Gambar boleh dimuat naik dari komputer atau Google image. Boleh juga dimasukkan GIFs Dan video dari YouTube.


2. Pilih jenis soalan atau aktiviti yang akan dimasukkan ke dalam slaid. Antaranya poll, word cloud, drawing, open questions dan text.


3. Pilih tempoh masa untuk murid menyelesaikan aktiviti interaktif tersebut.


Cara berkongsi slaid kepada rakan guru atau murid.

Slaid boleh dikongsikan dengan klik pada pautan yang ada seperti pautan media Sosial, Microsoft teams, atau Google classroom. Boleh juga copy & paste pautan ini. 


Cara untuk menjalankan pengajaran secara LIVE di dalam kelas

Guru hanya perlu klik pada simbol orang Di bahagian bawah slaid. Kemudian murid boleh sertai dengan melayari curi.live serta masukkan nombor pin. Boleh juga jika murid scan QR Code yang diberi. Murid tidak perlu mendaftar akaun.


Terdapat banyak lagi kandungan yang terdapat di dalam curipod.com ini termasuk slaid PdP yang dikongsikan secara umum oleh guru-guru di seluruh dunia. 


Untuk maklumat lanjut, cikgu-cikgu boleh merujuk kepada video tutorial ini.

VIDEO TUTORIAL CURIPOD.COM



Post a Comment

0 Comments