Jom laksanakan Projek Saintis Muda bersama murid.

Salam semua.

Dalam post kali ni, saya nak kongsikan slaid interaktif bagi projek Saintis Muda Di bawah topik Kitar Semula yang saya laksanakan bersama murid semasa PdPR pada tahun 2021 yang lalu.



Kenapa slaid interaktif ye? Sebabnya, selain nota, saya dah selitkan kuiz ringkas di dalam slaid, kemudian disertai dengan aktiviti PBL untuk Projek Saintis Muda. 


Terdapat 3 aktiviti PBL atau STEAM Project berserta nota perlaksanaan aktiviti dan video dalam slaid ini. Aktivitinya adalah, Bioplastic Toy, Seed Bomb dan Popsicle Catapult. 




Dalam perlaksanaan Projek Saintis Muda ini, saya sediakan hadiah serta pengiktirafan khas untuk murid iaitu Anugerah Saintis Muda. Setiap murid yang turut serta juga diberikan Sijil Saintis Muda.

Cikgu-cikgu yang berminat, boleh terus muat turun slaid di pautan ini dan edit mengikut kesesuaian. 


Semoga bermanfaat utk semua. Jgn lupa follow dan tinggalkan komen untuk maklum balas.

Post a Comment

0 Comments