Sepetang bersama Ikon Pendidikan Negara yang Unggul

 

Melawat Ikon @ Tokoh Pendidikan Negara, YBhg Tan Sri Dato'Seri Dr Yahaya Ibrahim @ Atok selepas 2 tahun x berjumpa sejak PKP. Alhamdulillah, Tan Sri masih sihat & ingatan Tan Sri pun masih kuat & tajam lagi melebihi org muda walaupun dah umur 94 tahun. Tips nya mudah, banyakkan bergerak, membaca & menulis supaya otak sentiasa aktif. Kata2 Tan Sri lah yg menjadi pembekal semangat & inspirasi kpd sy utk terus cemerlang dlm profession keguruan.



Antara kata2 yang sering beliau ungkapkan dan nasihat yg selalu beliau ingatkan setiap kali berjumpa dgn beliau adalah:

'Dalam setiap pekerjaan atau perkara yang dilakukan, mesti disertai dengan passion utk memastikan kita berjaya dgn cemerlang.'

'Cuba utk tidak kekal berada di Zon selesa terlalu lama. Beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru.'

'Dalam hidup mesti ada target & impian. (first thing yg beliau tanya kpd anak2 saya setiap kali jumpa beliau).'

'Tidak perlu meletakkan target @ impian terlalu tinggi hingga mustahil utk dicapai. Target mesti praktikal supaya kita tidak berasa terlalu sedih & depress jika target x tercapai atau bila menghadapi kegagalan


Banyak lagi kata-kata perangsang dan nasihat yang sering diberikan setiap kali berjumpa beliau. Mungkin ramai guru-guru muda yang tidak mengenali Ikon Pendidikan Negara yg unggul ini. Mungkin juga guru-guru graduan UPSI ada yg mengenali beliau kerana tak lama dulu beliau merupakan Pro Canselor UPSI.


Bagi yg ingin mengenali beliau serta mengetahui kisah kejayaan, cabaran beliau, serta sumbangan beliau dalam pembangunan Pendidikan Negara, saya kongsikan beberapa keratan Biografi beliau dari buku Biografi beliau berjudul 'Cikgu Yahaya, Guru Sekolah Melayu'. Semoga terinspirasi dengan kisah kejayaan Ikon Pendidikan Negara yg Unggul ini.
















p/s: Saya bukan cucu Tan Sri. Cuma dia minta panggil Atok. Berbangga x terhingga la kalau sy betul2 cucu beliau. 😁


#ikonpendidikannegara

#TanSriYahayaIbrahim

Post a Comment

0 Comments