Lawatan ke Suankularb Wittayalai Nonthaburi iaitu Sekolah Terbaik Di Thailand.

Pada 12 Oktober 2022 yg lalu, selepas menghadiri Persidangan Bett ASIA, Bangkok, kami memenuhi jemputan ke Suankularb Wittayalai Nonthaburi School di Bangkok. Kehadiran kami ke sini adalah bersama-sama dengan wakil2 dari Micro:bit Educational Foundations diketuai oleh Mr Waris bagi memperkenalkan organisasi mereka dan melihat perlaksanaan aktiviti robotik dalam kelas ICT di sini. Kehadiran kami juga disambut bersama tetamu jemputan terhormat mereka iaitu Dr Amporn Pinasa, The Secretary-General of The Office of the Basic Education Commission, MOE Thailand. 

Posing dulu...

Bergambar kenangan


Di sini kami dipertemukan dengan Nicha Kattiya , bekas pelajar cemerlang sekolah ini yang pintar, sangat baik, lembut bicaranya, sangat sopan serta dapat berbahasa Inggeris dengan baik. Dia lah yg menjadi jurupandu dan jurucakap yang memberi penerangan jelas berkaitan sekolah dan program di sini kepada kami sepanjang lawatan ke sini. 

Thanks Nicha Kattiya

Walaupun kehadiran kami ke sini adalah pada waktu cuti sekolah di Thailand, kami tetap disambut meriah oleh guru2 dan kakitangan sekolah ini. Siap dihidangkan dengan minum petang iaitu Teh dan kuih tradisional Thai yg sedap (halal ye). 


Selepas sesi pengenalan dan ucapan dari tetamu VIP, diikuti sesi pertukaran dan penyerahan cenderahati. Kemudian diikuti pula dengan sesi yang ditunggu-tunggu iaitu lawatan sekitar sekolah. 




Sempat juga mereka sediakan cenderamata

Tentang Suankularb Wittayalai Nonthaburi School.


Sedikit maklumat umum tentang sekolah. Suankularb dalam bahasa Thai bermaksud Rose Garden, Wittayalai pula bermaksud sekolah, manakala Nonthaburi pula merupakan nama daerah di mana sekolah terletak. Sekolah kerajaan yang berkeluasan besar iaitu 10 ekar ini memuatkan seramai 4735 org murid sekolah menengah (grade 7 - 12) berumur dari 12 ke 17 tahun bersama 194 org guru.

Padang & stadium 

Saiz serta keluasan sekolah yg besar ini dilengkapi fasiliti seperti auditorium, cafeteria, kedai cenderamata, bilik guru, stadium, padang bola, gimnasium, indoor swimming pool, basketball court, taman rekreasi mini dan sekolah ini juga menyediakan bilik khas untuk atlet bola sepak dan bola tampar mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan tempat ini tidak dapat kami lawati memandangkan cuti sekolah dan sedang dlm penyelenggaraan.



Antara fasiliti lengkap di sekolah ini

Sistem Persekolahan 


Sesi persekolahan di Thailand bermula dari Mei hingga Mac. Cuti sekolah adalah dalam bulan Mac, April dan Oktober. Tarikh yang tepat mungkin berbeza mengikut sekolah. Waktu sekolah awam di Thailand ialah bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Walau bagaimanapun, bergantung kpd sekolah dan perjalanan aktiviti di sekolah.


Dari segi pemakaian, sepertimana di Malaysia, murid2 sekolah kerajaan di Thailand juga dikehendaki memakai uniform yg ditetapkan oleh MOE. Guru pula ada uniform khas berwarna coklat yang perlu dipakai pada hari Isnin sahaja dan pemakaian kemas serta bebas pada hari lain. 

Uniform guru pada hari isnin

Dari segi Yuran, untuk sekolah awam atau kerajaan ini, mereka tidak dikenakan yuran pengajian sehingga berumur lima belas tahun, dan hanya perlu membayar perkara asas seperti pakaian seragam sekolah, alat pengangkutan seperti tambang bas sekolah dan buku. 


Melalui penerangan yg diberikan oleh Nicha, antara yang menarik perhatian kami adalah sistem kenaikan pangkat guru2 kerajaan adalah dinilai melalui performance mereka. Sama mcm nk apply guru cemerlang tu. Guru2 yg ingin memohon kenaikan pangkat, dikehendaki menyediakan dokumentasi yang lengkap berkaitan pencapaian serta kerja buat mereka dalam kurikulum, kokurikulum, sumbangan dan kemenjadian murid. Semua ini perlu dipamerkan di ruangan pameran khas sekolah bagi memudahkan penilaian pentadbir dan penilai dari pegawai MOE. So, guru-guru kerajaan di Thailand perlu sentiasa memastikan mereka betul2 perform dan cemerlang dalam semua aspek utk kelulusan kenaikan pangkat. Sistem penilaian ni agak sama dgn kita yg perlu menyediakan fail PBPPP cuma penilaian kenaikan pangkat mereka lebih sukar seperti pemohonan GC dan tiada time based kenaikan pangkat seperti kita.


Pameran bahan pencapaian & sumbangan guru untuk penilaian kenaikan pangkat 

Program Sekolah

Antara reason sekolah ini dipilih sebagai sekolah utk dilawati oleh delegasi Micro:bit adalah kerana program robotik menggunakan pengekodan micro:bit yang dilaksanakan dalam subject ICT di sekolah ini. Sekolah ini juga menjadi pusat latihan Pertandingan robotik yang disertai oleh pelajar sekitar Bangkok. Even, semasa lawatan kami ke sini, pelajar2 sedang menjalankan latihan pusat utk pertandingan robotik.



Latihan Pusat Pertandingan Robotik

Satu lagi program sekolah yg menarik perhatian saya semasa di sini adalah 'Special Programme'. Mulanya saya ingat Special Program tu adalah Program Pendidikan Khas. Tetapi sebenarnya ia adalah program yg terdiri daripada Mini English Programme yg berfokus kpd penguasaan Bahasa Inggeris, Math and Science in English yg fokus kpd Pendidikan STEM dlm Bahasa Inggeris, Math and Science in Thai yg fokus kpd Pendidikan STEM dlm Bahasa Thai. Mereka menyediakan ruang dan bilik khas untuk program ini. Hanya murid yg cemerlang dan terpilih saja yg dpt menyertai program ini. Kesimpulannya, pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan akademik memilih satu aliran dari sains dan matematik dan bahasa Inggeris dan pilihan lain termasuk bahasa asing (Cina, Jepun, Perancis) dan sains sosial. Selepas pendidikan menengah, mereka bersedia untuk berpindah ke Pendidikan Vokasional yg merupakan peringkat terakhir persekolahan sebelum masuk universiti. 

Bilik Khas Kelab Kesenian


Carta organisasi bilik ICT


Tempat sembahyang di hadapan tapak perhimpunan



Setakat ini saja cerita ringkas, eh, ringkas ke? 😅 Cerita yg agak panjang lebar tentang sekolah ini melalui maklumat yg diperoleh daripada Nicha, jurucakap dan jurupandu (tambahan tugas jurugambar) yg baik hati. InsyaAllah, penerangan lebih jelas dalam video yg masih dlm proses editing. Apapun, terima kasih kpd guru-guru, staf di Suankularb Wittayalai Nonthaburi School terutama kpd Nicha atas layanan terbaik kpd kami. Terima kasih juga kpd pihak Micro:bit dan MDEC terutama En Johan Nasution atas peluang yg diberikan dan usaha untuk menjayakan lawatan ke sini. Tak lupa terima kasih kpd Pn Fatin Ainaa . Kalau ada sekali, mesti lagi meriah.

Terima kasih sekali lagi kpd pihak MDEC, Pn Sofia Bakar , K-KOMM, BPG KPM, JPWPKL Dan semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan program dan perjalanan kami ke Bett ASIA dan Bangkok ini.

#cikgujuaradigital 

#cjd2022 

#bettasia2022 

#mdec 

#mydigitalmaker 

#kpm

#kkmm

Post a Comment

0 Comments