29 Jun 2025.
Hari yang saya tunggu-tunggu akhirnya tiba — hari pertama di ISTELive25!
Pagi tu saya bangun awal, mungkin sebab teruja sangat. Cahaya matahari San Antonio lembut je masuk celah langsir bilik hotel. Sempat menjengah ke balkoni untuk lihat permandangan pagi di sekitar hotel. Buka je pintu kaca balkoni, dah dikelilingi bangunan-bangunan di tengah bandar San Antonio.
![]() |
Dari jendela bilik kami |
![]() |
Bandar San Antonio, Texas |
☕️ Sarapan Tenang Sebelum Hari Sibuk
Kami turun ke ruang makan hotel untuk sarapan. Google dah siap tempah bilik kami dengan pakej untuk dua orang — siap dengan sarapan sekali. Kecil je benda ni, tapi rasa dihargai betul.
Pilihan makanannya pun meriah — telur dadar gebu, roti bakar, totilla, scramble egg, bagel, wedges, buah segar, wafel, kopi panas. Kami pilih tempat duduk di bahagian tengah agak terlindung sikit, boleh nampak lobby hotel dan peserta lain yang dah mula keluar dengan lanyard ISTE masing-masing.
![]() |
Sarapan dulu |
🚶♀️ Jalan Pagi ke Henry B. González Convention Center
Lepas sarapan, saya dan suami jalan kaki ke Henry B. González Convention Center. Tak jauh pun, lebih kurang 10–15 minit je dari hotel. Laluan sepanjang Riverwalk tu memang cantik — penuh bunga, air sungai yang tenang, dan kafe kecil yang mula buka. Cuaca pun sedang elok, tak panas terik.
Suasana masa tu lain macam — semua orang nampak bersemangat. Ada peserta dari Jepun, Korea, US, India… masing-masing tersenyum dan sempat bertegur sapa. Saya jalan sambil fikir, “Wow, ni betul-betul dunia pendidik.”
![]() |
Bas yang membawa pelancong mengelilingi San Antonio |
![]() |
Antara view semasa perjalanan ke tempat persidangan |
![]() |
Peta keseluruhan lokasi persidangan |
Udara pagi itu terasa berbeza — bukan sekadar udara bandar pelancongan, tapi udara yang penuh inspirasi.
Poster, logo, dan warna tema ISTE-ASCD menghiasi setiap penjuru Henry Gonzales Convention Centre. Dari jauh, bangunan kaca besar pusat konvensyen tu seolah-olah memantulkan semangat ribuan pendidik yang bakal berkumpul di dalamnya. Setiap langkah terasa simbolik — seolah-olah membawa saya dari bilik darjah khas di Malaysia ke pentas global pendidikan dunia. “Tak sangka akhirnya sampai juga kita ke sini.” Kawasan Pameran dan Pembentangan Poster Hall masih kosong sebab secara rasminya persidangan bermula pada 30 Jun 2025 Lokasi Pembentangan Turbo Talk |
💻 Pagi: Sesi AI in Classroom
Sesi pertama saya pagi tu bertajuk AI in Classroom. Format dia lebih kepada roundtable discussion, jadi tak terlalu formal — lebih kepada duduk berbual sambil bertukar idea.
![]() |
Pembentangan oleh speaker |
Saya duduk sekali dengan guru-guru dari Mexico, Africa dan US. Seronok dengar macam-macam cara mereka guna AI dalam kelas. Ada yang buat chatbot untuk bantu pelajar ulang kaji, ada yang guna AI untuk reka aktiviti mengikut tahap pelajar.
Bila giliran saya, saya kongsi pasal PEKA OKU, inovasi saya untuk bantu pelajar berkeperluan khas kenal potensi akademik dan kerjaya. Tak sangka ramai yang berminat! Ada yang terus tanya macam mana nak cuba, siap ajak connect di LinkedIn.
Kami sempat ambil gambar ramai-ramai sebelum bersurai — kenangan pertama saya di ISTE!
![]() |
Dari meja bulat kami |
🇲🇾 Jumpa Rakan Pendidik Malaysia!
Sebelum sesi pembukaan bermula petang tu, saya berjumpa dengan Ustaz Khairy, pendidik hebat dari Malaysia juga! Beliau datang sebagai sebahagian daripada delegasi MDEC, diwakili oleh Pn. Fatin Aina.
![]() |
Bergambar dulu sebelum masuk hall |
Seronok betul bila nampak wajah Malaysia di tempat orang. Kami sempat berbual sekejap — tentang perjalanan, jadual program, dan rasa teruja masing-masing.
Kebetulan suami saya tak dapat ikut kali ni sebab kurang sihat dan balik ke bilik untuk berehat. Jadi saya terus duduk bersama delegasi MDEC untuk sama-sama tunggu sesi pembukaan bermula.
🎤 Majlis Pembukaan & Keynote Richard Culatta
Masuk je dalam dewan utama, suasana dia memang luar biasa. Lampu berwarna-warni, muzik bertenaga, dan ribuan peserta dari seluruh dunia memenuhi tempat duduk. Rasa macam konsert pendidikan pun ada!
Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Richard Culatta, CEO ISTE-ASCD.
Beliau ni memang nama besar dalam dunia pendidikan digital — penulis buku Digital for Good dan antara orang kuat yang gerakkan perubahan dalam teknologi pendidikan global.
Antara perkara menarik yang beliau kongsi:
- Semua guru perlu bersedia dengan AI, bukan takutkannya.
- Pemimpin sekolah juga perlu diberi sokongan & latihan digital.
- Sekolah perlu bentuk budaya digital sendiri, bukan sekadar ikut trend.
- Dan paling penting — kurangkan masa menilai terlalu banyak aplikasi, guna yang betul-betul beri impak.
Tapi ayat dia yang paling saya ingat:
“Education is not just about teaching — it’s about creating meaningful and memorable moments.”
Saya terus teringat pelajar-pelajar saya di sekolah. Betul juga — kadang momen kecil dalam kelas tu yang paling diingat pelajar seumur hidup.
💡 Keynote Kedua oleh Dan Heath
Lepas tu naik pula ke pentas Dan Heath, penulis buku The Power of Moments dan Switch. Beliau ni jenis penceramah yang santai tapi “kena batang hidung” bila dengar.
Antara mesej menarik beliau:
✨ “Invest in peaks.” — tak semua hari perlu hebat, tapi detik yang betul boleh ubah segalanya.
🧩 “Every system is perfectly designed to get the results it gets.” — kalau nak hasil berbeza, ubah sistem dulu.
🏀 “Where’s the game in school?” — katanya, sekolah terlalu banyak latihan tapi tak ada ‘game’. Kenapa tak cipta pengalaman belajar yang menyeronokkan?
Saya sempat catat nota:
“Bina sekolah yang pelajar rasa seronok nak datang setiap hari.”
![]() |
Persembahan iringan pembukaan |
![]() |
Antara pesanan yang disampaikan |
![]() |
Kami sempat bergambar dengan Richard Culatta |
Masa balik ke hotel, saya jalan perlahan di tepi Riverwalk. Lampu-lampu mula menyala, air sungai berkilau, dan muzik jalanan kedengaran sayup.
Saya senyum sendiri sambil fikir, “Baru hari pertama, tapi dah rasa macam belajar setahun.”
Hari tu saya tutup dengan secawan teh panas di bilik, sambil tulis sedikit nota untuk blog ni.
Kadang-kadang saya masih tak percaya — cikgu biasa dari Malaysia, kini duduk bersama pendidik dunia di San Antonio. 🌍💛
0 Comments