10 idea aktiviti interaktif yang boleh dilaksanakan selepas cuti sekolah yang panjang.

Dah buntu nak memikirkan idea bagaimana cara untuk meningkatkan semangat dan memotivasikan pelajar cikgu-cikgu pada hari pertama atau pada minggu pertama sesi persekolahan baharu? Adakah cikgu-cikgu memerlukan idea-idea aktiviti kolaboratif yang berguna yang boleh dijalankan dengan persediaan minimum yang akan membantu pelajar mengenali cikgu dan rakan-rakan? Di sini saya kongsikan 10 idea aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kelas yang pastinya akan mencapai objektif cikgu-cikgu bagi sesi persekolahan baharu sebelum memulakan pengajaran biasa.

1. DIY Name Tag 




Perkara pertama Yang boleh guru lakukan bersama murid-murid di hari pertama sekolah adalah, minta murid untuk mereka cipta dan menghias name tag mereka sendiri. Aktiviti ini secara tak langsung dapat mengenal pasti bakat yang ada pada murid anda.


2. Peta kelas dan sekolah


Aktiviti ini sangat sesuai untuk murid baharu. Malah murid lama juga dapat bersama-sama melaksanakan aktiviti ini bersama murid baharu. Mintak murid untuk eksplore sendiri kawàsan sekolah dan minta mereka lukis dan labelkan peta sekolah. Secara tak langsung, murid dapat mengenal pasti tempat dan bilik Khas yang ada di sekeliling sekolah. 

3. Temuduga kerja untuk guru 

Beritahu murid anda bahawa mereka akan menemu bual anda untuk jawatan guru mereka. Beri mereka beberapa contoh soalan yang mungkin mereka boleh ajukan, dan kemudian tinggalkan bilik selama 5–10 minit supaya mereka dapat berbincang bagaimana mereka akan melaksanakan temuduga terhadap anda (guru).

Masuk ke bilik yang disediakan untuk ditemuduga dan jawab soalan mereka sejujur mungkin. Ini adalah cara yang baik untuk murid mengenali anda dan memahami cara pengajaran anda.

4. Buat kontrak / perjanjian / peraturan kelas

Minta murid berbincang dan mengenal pasti tingkah laku yang sepatutnya ditonjolkan serta peraturan yang sepatutnya dipatuhi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemudian minta persetujuan murid dengan peraturan kelas yang mereka senaraikan yang sepatutnya mereka patuhi untuk sesi persekolahan baharu. Cuba elakkan terlibat dalam menetapkan peraturan kerana murid lebih cenderung mematuhi peraturan jika mereka merasakan pemilikan terhadap peraturan yang mereka sendiri tetapkan.

Minta mereka menulis kontrak kelas dan minta setiap ahli kelas menandatangani kontrak itu. Letakkan kontrak di tempat yang boleh dilihat supaya anda boleh merujuknya pada bila-bila masa terutama ketika ada murid yang melanggar peraturan kelas.



5. Permainan BINGO 'Find someone who .......' (Edisi cuti sekolah)


Permainan klasik sebagai ice breaking. Cikgu boleh menyediakan lembaran kerja yang memerlukan murid mencari dan menulis nama murid dalam senarai yang tertera dalam lembaran kerja. Dalam Edisi cuti sekolah ini, soalan seperti, 'Find someone who watched a good film in the cinema this holiday’, ‘Find someone who got injured during the holidays’, ‘Find someone who read a whole book this holiday’, ‘Find someone who did something they hadn’t tried before during the holidays’, ‘Find someone who picked up a new skill’. Soalan-soalan ini boleh juga dituliskan dalam Bahasa Melayu. 

Pada akhir aktiviti, guru boleh menemuramah murid dan bertanya kepada mereka mengenai filem yg mereka tonton, buku yang mereka baca dan sebagainya.

6. Percutian Ideal Saya

Anda tak perlu mempunyai pengalaman percutian yang hebat dan eksotik untuk dapat bercerita tentang percutian ideal anda. Minta murid bertanyakan antara satu sama lain tentang percutian ideal mereka.

Jika anda lebih suka soalan yang berstruktur daripada aktiviti ni, buat edaran atau lembaran kerja menyenaraikan yang boleh digunakan oleh murid anda untuk berbual mengenai Percutian Ideal mereka. Contoh soalan yang boleh diajukan:

- Ke mana kamu hendak pergi? Negara manakah? Bandar mana?
- Berapa lama tempoh percutian kamu?
- Apakah jenis percutian itu?
- Apa yang kamu akan lakukan? Rancang jadual perjalanan kamu.

Jika anda lebih suka versi yang kurang berstruktur, minta murid melengkapkan ayat, 'Saya harap saya......... semasa cuti.' . Anda kemudian boleh menggalakkan mereka bercerita dengan lebih lanjut tentang percutian ideal mereka dengan cara mereka menerangkan pilihan mereka.

7. Kuiz Hal Ehwal Semasa

Bahagikan murid kepada dua pasukan dan minta mereka membuat kuiz hal ehwal semasa berdasarkan berita @ peristiwa yang berlaku semasa cuti. Separuh masa kelas boleh dihabiskan untuk menyediakan kuiz (dan melakukan penyelidikan dalam talian) dan separuh lagi boleh digunakan untuk melaksanakan kuiz.

Anda mungkin mahu menetapkan beberapa peraturan untuk mengelakkan peristiwa atau berita yang kontroversi dan berat… atau mungkin tak, kerana perbincangan topik kontroversi boleh memeriahkan kelas anda asalkan anda dapat mengawal dan menguruskan aktiviti ni dengan baik. 

8. Holiday game of bluff

Anda mungkin pernah bermain permainan 'Truth or Lie' klasik yang mana setiap murid membuat tiga kenyataan dan satu daripadanya adalah palsu, dan kelas perlu bertanya soalan untuk mendedahkan penyataan yang palsu… Dalam permainan ini , murid membuat penyataan tentang apa yang berlaku semasa cuti dan ahli kumpulan mereka perlu meneka penyataan mana yang benar dengan menyoal mereka tentang pengalaman mereka.

9. Carta Pai Percutian


Minta murid membuat carta pai tentang cara mereka menghabiskan masa mereka semasa cuti. Mereka mungkin mempunyai kategori seperti 'Menonton TV', 'Bekerja/Belajar', 'Tidur', 'Belajar sesuatu', 'Melakukan kerja-kerja', dsb.

Apabila mereka telah melengkapkan carta pai mereka, minta mereka bentangkan dalam kumpulan dan bandingkan keputusan mereka.

10. Friendship Board Game


Bahagikan murid mengikut kumpulan. Cetak 'Friendship Board Game' ini dan edarkan untuk setiap kumpulan. Jangan lupa bekalkan dadu dan buah pemain. Murid akan bermain sambil berkenalan dengan rakan-rakan mereka melalui soalan yang perlu dijawab oleh pemain. 







Post a Comment

0 Comments