Cara Elak Scam Melalui Panggilan Telefon

Ini bukanlah kali pertama kita dengar mengenai scam melalui telefon. Saban tahun, ada sahaja individu yang menjadi mangsa penipuan ini sehingga mereka kerugian ribuan ringgit. Sebab itulah, anda perlu tahu cara check scammer dan bagaimana untuk periksa senarai nombor telefon scammer.


Menurut sebuah kaji selidik yang dijalankan pada Mac 2021 oleh sebuah syarikat panggil semula keselamatan, Truecaller, hampir 59 juta individu di Amerika Syarikat kehilangan wang disebabkan phone scam dalam masa 12 bulan, walaupun pada masa itu dunia sedang dilanda wabak COVID-19.


Individu yang giat menjalankan scam ini akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan mereka dapat menggelapkan wang daripada mangsa, contohnya dengan mengugut atau meminta informasi yang berkaitan supaya mereka dapat mencuri wang dan identiti mangsa.


Malah, ada juga yang menyamar menjadi ahli keluarga terdekat dan menagih simpati daripada orang yang lebih tua seperti datuk dan nenek kita. 


Sebab itulah, warga emas dan mereka yang dalam kesusahan merupakan antara golongan yang sangat berisiko untuk tertipu oleh phone scam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.


Pada zaman digital ini, penting untuk anda ketahui cara yang terbaik untuk mengenal pasti scammer. Jika tidak, anda mungkin akan menjadi mangsa seterusnya. 


Malah, ada banyak tools atau peralatan atas talian yang anda boleh gunakan sebagai cara check scammer, salah satunya adalah dengan memeriksa sama ada nombor telefon tersebut sah ataupun tidak sebelum melakukan sebarang transaksi.


Kenal pasti ciri-ciri phone scam

  • Panggilan telefon dari agensi kerajaan atau syarikat besar seperti Apple atau Microsoft. Agensi kerajaan seperti PDRM, LHDN dan sebagainya, serta syarikat besar jarang sekali akan menelefon anda melainkan anda pernah menelefon mereka terlebih dahulu. Agensi kerajaan juga selalunya akan menghantar surat terlebih dahulu ke kediaman anda.

  • Wangiri, scam yang menggunakan 1 missed call. Wangiri berasal daripada perkataan Jepun yang bermaksud ‘telefon dan kemudian putuskan’. Selalunya, panggilan telefon dilakukan menggunakan nombor telefon antarabangsa. Jadi, jika anda menerima panggilan sebegini, jangan sesekali telefon mereka semula. 

  • Panggilan telefon dari badan-badan yang meminta sedekah atau bantuan kewangan, terutamanya semasa cuti dan selepas berlakunya sebarang malapetaka seperti banjir.

  • Panggilan telefon yang menjual sesuatu dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal. Sebagai contoh, produk yang mereka tawarkan mungkin datang dengan free-trial atau hadiah tunai. Sama jugalah dengan servis yang dikatakan mampu membebaskan anda daripada hutang dan juga investment yang kononnya berisiko rendah tetapi mempunyai pulangan tinggi.

  • Panggilan telefon yang menyatakan anda akan ditangkap atau ditahan. Scammers selalunya akan mengugut atau menakutkan mangsa untuk memaksa mereka membayar hutang, saman atau cukai dengan segera.

  • Anda menang sejumlah wang daripada pertandingan tertentu. Anda tidak pernah masuk apa-apa pertandingan? Besar kemungkinan panggilan telefon ini adalah scam.

  • Pakej percutian menarik dengan harga yang terlalu murah. Jika harga yang mereka tawarkan terlalu rendah, ia mungkin adalah satu scam. Mereka juga akan cuba meyakinkan pembeli dengan janji-janji manis supaya anda tidak melepaskan peluang ‘sekali seumur hidup’ ini.

  • Panggilan telefon automatik. Selalunya, panggilan telefon ini dilakukan oleh robot dan hampir semuanya adalah scam.


Apa yang anda perlu lakukan jika mendapat panggilan palsu?

  1. Jangan angkat telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Letak telefon jika ia kedengaran pelik.
  2. Jika panggilan telefon yang dilakukan adalah untuk meminta sumbangan, tanya banyak soalan terutamanya mengenai badan mereka dan tujuan mereka mengutip sumbangan. Agensi yang sah selalunya akan menjawab semua soalan anda dan tidak akan memaksa anda melakukan pembayaran pantas.
  3. Lakukan kajian terlebih dahulu sebelum membeli sebarang produk, pelan perlancongan atau melibatkan diri dalam sebarang bentuk pelaburan. Dapatkan pendapat ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan yang lebih arif.
  4. Jangan berikan maklumat peribadi seperti nombor IC, nombor akaun bank, nombor kad debit kepada sesiapapun.
  5. Jangan lakukan sebarang ‘pembayaran awal’ untuk menuntut hadiah yang dimenangi secara atas talian.
  6. Jika anda telah mengangkat telefon, beritahu mereka anda minta masa untuk berfikir terlebih dahulu. Jangan terlalu tergopoh-gapah membuat keputusan. Jika mereka mula memaksa atau mengugut, anda boleh terus meletakkan telefon.

Cara Check Scammer Online Melalui Semakan Nombor Telefon

Portal CCID ini boleh diakses melalui pautan berikut https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi tujuan untuk semak scammer .

1. Layari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
2. Pilih kategori Nombor Telefon
3. Masukkan nombor telefon yang ingin disemak
4. Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan
5. Klik “Semak Maklumat”
6. Maklumat berikut akan dipaparkan:
“Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor telefon yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
Sekiranya nombor telefon tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.

Nota: Walaupun berkemungkinan nombor yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor telefon baru.

Kesimpulan

Selalunya, scammer akan meminta mangsa melakukan beberapa perkara. Contohnya:

  1. Membayar wang, terutamanya dalam bentuk tunai. Wang yang diterima dalam bentuk ini selalunya lebih sukar untuk dikesan. 
  2. Meminta informasi lanjut mengenai akaun bank atau nombor IC. 
  3. Melawat laman sesawang tertentu melalui pautan (link) yang diberikan. 
  4. Memuat turun apa-apa jenis aplikasi, sebagai contoh, aplikasi anti virus. 
  5. Jika scammer meminta salah satu informasi seperti di atas, jangan layan atau letak telefon. Berhati-hatilah semasa mengangkat telefon, lebih-lebih lagi daripada nombor yang tidak dikenali. 

#MIVBersamaSekolah
#MalaysiaICTVolunteer

Post a Comment

0 Comments