Anugerah Ikon Guru Digital GPICT W.P Kuala Lumpur

Alhamdulillah, menerima Anugerah Ikon Guru Digital GPICT dalam Majlis Anugerah DUTA Peringkat W.P Kuala Lumpur yang diadakan pada 23 Ogos 2023. Pengiktirafan sebagai Guru Peneraju Generasi Digital Google turut diberikan dalam majlis ini bersama dengan barisan GPGD yang lain. PPKI SMK Orkid Desa juga turut menerima Anugerah Pendidikan Digital kategori Sekolah Pendidikan Khas dan telah berjaya memenangi anugerah Emas dalam Majlis DUTA Peringkat Kebangsaan sebelum ni. Bagi kategori Ikon Guru Digital GPICT hanya layak utk verifikasi akhir Peringkat Kebangsaan tetapi tiada rezeki. Apapun syukur atas peluang yg diberikan. Tahniah juga buat semua pemenang anugerah.



Sekalung penghargaan buat SSTP, JPWPKL atas penganjuran majlis yg gilang-gemilang ni bagi menghargai kami para guru dan murid-murid yang bergiat aktif dalam program Pendidikan Digital. Terima kasih juga buat suami yg bnyk berikan sokongan dan dorongan. Juga kpd barisan pentadbir, rakan2 guru yg bnyk berikan inspirasi dan berkongsi kepakaran, tak lupa kpd semua murid cikgu di PPKI SMK Orkid Desa. 







Post a Comment

0 Comments