Jom dapatkan pengiktirafan Quizizz Certified Game Changer?


1. Quizizz Certified Game Changer? Apa tu?

Program Pensijilan adalah untuk guru yang menguasai kursus asas tentang cara menggunakan platform Quizizz. Quizizz Game Changers ialah guru yang berusaha keras untuk memanfaatkan sepenuhnya aktiviti mereka untuk memotivasikan pelajar!

2. Apakah yang cikgu-cikgu akan dapat sebaik sahaja cikgu-cikgu menjadi Quizizz Certified Game Changer?

Sebaik sahaja cikgu menamatkan pensijilan, cikgu akan mendapat:

  • Sijil dan Lencana Game Changer yang disesuaikan untuk dipamerkan kepada dunia!
  • Dijemput ke acara Quizizz dlm talian, mendapat akses awal kepada menu baharu di Quizizz dan newsletter, The Insider Scoop!
  • Berpeluang untuk memenangi Quizizz swag, dan sumber serta sokongan untuk berkongsi Quizizz dengan guru lain di dalam Sekolah dan Daerah!
  • Berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pendidik kami yang sentiasa berkembang dan bersemangat.

3. Siapa yang boleh mengambil ujian? Adakah saya layak?

Mana-mana guru yang ingin memperoleh Pensijilan Quizizz layak memohon untuk menjadi Game Changer!

4. Berapa lamakah Sijil itu sah?

Sijil dan Lencana boleh digunakan selama mana cikgu-cikgu memerlukannya tetapi pihak Quizizz mengesyorkan cikgu-cikgu menyemak semula ujian setiap penggal untuk meningkatkan kemahiran berkaitan menu Quizizz yang terkini!

5. Ada tak rujukan sebelum mengambil pensijilan ini?

Cikgu-cikgu boleh merujuk pautan ini: Masterclass Videos here.

Ready. Set. Get certified!
Earn your Quizizz Game Changer Certificate and join a growing educator community.


BAGAIMANA CARA MENJADI QUIZIZZ CERTIFIED GAME CHANGER?




                    KLIK DI SINI!


Post a Comment

0 Comments